May 17, 2012

Hidup segan mati tak mahu

Aku mula berfikir, tujuan apa aku harus ada disini? Adakah kerana cinta, semangat, belas kasihan atau dendam? Hati, aku paksa berfikir. Kalau dia nak berdemo pun biarlah. Akan aku hadapi habis-habisan. Kalau boleh, akanku panggil FRU untuk menghadapinya.

Aku berjalan semula meniti hidupku sebulan dua sebelum ini. Haru. Mati hidup kembali pun sumpah aku tak nak pergi balik. Tapi, tadi, aku gagahi diri berbekal dengan kata semangat 'agi hidup agi ngelaban' daripada bumi kenyalang itu. Aku selak semula dengan rasa dendam.Aku korek satu persatu. Aku rempuh kembali segalanya.

Dada tidak berdegup kencang. Aku raba sedikit untuk lebih kepastian, memang tiada perubahan denyutan jantung. Bagus, ujarku kepada hati sambil membayangkan aku menepuk-nepuk bahunya. Kau memang hatiku.

Aku tahu, tiada apa yang kekal. Kegembiraan, kekayaan, kemiskinan, kesedihan, kepayahan, kemalasan, kecintaan dan pelbagai lagi ke ke yang memang tidak akan kekal. Yang tahu kekal ialah diri kau sendiri. Kau harus bersiap sedia menjaga kemungkinan akan berlaku perkara yang tidak terjangka dalam kehidupan. Ambil iktibar atas apa yang telah berlaku.

Jangan terlalu yakin dan jangan terlalu percaya,  kerana itu adalah punca kau kecewa gila khinzir. Aku kini ibarat 'hidup segan mati tak mahu'. Aku biar hati begini.

Aku tahu hati aku sangat ego dalam membuat keputusan. Selalu melawan arus dalam berfikir. Tapi itu hati aku. Aku syukur kerana Tuhan telah beri kurniaan ini denganku.unik.Walaupun mungkin ada sesetengah orang akan kata benda ini kurang normal. Biaq pi la..

dan kita harus yakin kepada diri sendiri,Jangan cabar semangat yang ada itu, kerana kita sendiri tidak tahu kekuatan dan kemampuannya. 

Analoginya begini. Seorang tua agak lemah dalam berjalan. Dr. telah mengesahkan dia menghidapi astma dan reomatis (aku eja ikut suka hati hihi). Maka dia akan berjalan agak lambat. Tapi, pada suatu hari, telah berlaku perkara yang mengherankannya. Dia tiba-tiba dapat berlari dengan pantas, seperti pelari pelari terkenal dunia layaknya seperti Usain bolt, oto boldan, maurice green, watson nyambek. kau tahu kenapa? sebab dia ketika itu dikejar seekor anjing jiran.

Peristiwa ini membuktikan bahawa, dalam diri manusia itu ada satu kekuatan yang tidak anda sedari tetapi akan anda rasai bila anda tertekan, terdesak, dan sebagainya yang mungkin membahayakan diri anda. Maka jangan pandang rendah dengan diri sendiri..inshallah..

Hargai kemampuan diri sendiri..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian