May 31, 2012

Celaru..,

Aku rasa seperti nak marah. Tapi aku tak tahu, bolehkah aku marah? aku tak faham perasaan ini. Perasaan yang sangat menyakitkan hati. Seperti kau terluka. Lepas tu kau perah kesan luka tu dengan air limau purut. Nikmatnya hingga boleh meleleh air mata jantan.

Perasaan ini sungguh aneh. Aneh bagi mereka yang tahu apa yang akan berlaku, tapi masih ingin terus mencuba. Melawan takdir. Melawan arus. Tapi semangat seperti ini harus dibanggakan. Kerana jarang manusia yang sanggup. Aku cuba lagi memujuk diri yang kepayahan. hahaha poor adyshah.

Tanah kubur itu masih merah lagi.

Otakku semakin bercelaru. Dadaku terasa sesak. Seperti ada sisa-sisa makanan yang menyumbat saluran pernafasan. Seperti ada benda yang mengganjal kerongkong leher. Degupan jantung bergerak laju. Sepeti baru tadi aku berlari pecut.

Ya Allah, datangkan lah ketenangan itu semula..


No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian