May 31, 2012

Laparudin

Tadi aku lapar. Sebenarnya setiap pagi pun aku dah selalu lapar. Sampai tangan kadang ketaq-ketaq. Kadang aku buat rileks. Buat-buat dono. Macam nothing happen. Tapi sejak dua menjak ni, buat-buat dono tu dah semakin tak menjadi. Aku tak tahu masalah apakah melanda. 

Otak aku kadang ligat berfikir. Macam orang pandai. Tapi hampeh. Yang aku tahu, keadaan ini adalah normal, orang lapar tangan kadang-kadang ketaq-ketaq. Tu sebab nafsu buas. Yang jadi pelik, dulu tak gini. Petanda badan nak naik kut. Kan? Amin. ke berbadan dua? Bunguk, fikiran nakal bermain manja lagi.

So bila aku lapar, aku pergi lah cafe tempat selalu aku beli kuemahaljadah tu. Tapi sedap aku cakap. Memang patut kot dia mahal. tapi hampeh, dia dah tak provide mayonis. Kedekut sungguh. Mungkin dia tengok aku dulu salu je amek mayonis lebih. kan? haha. jangan nak buat-buat pelik makan kue guna mayonis. Mulut aku ni pelik.

Masa aku nak bayar kue yang aku masukkan dalam plastik tu, ada seorang member lama tegur. The smart one. Bagi aku dia dari dulu lagi ada ciri-ciri seorang usahawan. So dia tegur aku. Salam apa semua. Tapi tak cium-cium pipi macam budak perempuan salu buat tu bila berjumpa. Aku tengok dia smart je. (padahal dari dulu dia sentiasa semat. Jaga imej). Tapi still tak boleh mengalah aku masa tu. Sori to say, aku hero dekat sini.

Dia tanya,kerja ke?or sambung belajaq? aku jawab, kerja dan sambung belajar. Jawapan dua serangkai aku bagi dekat dia dengan konpident. Dia tanya lagi, sambung Master under fac. mane? Aku jawab, fac sama. Environmental studies. Lepas tu dia jawab dengan jawapan yang aku terasa nak lempang berdarah hidung dia. 'Bosannya hidup'?

Hamboi. berlagak nak mampuih. Aku senyum comel masa tu, walau dalam hati panas gila. Padahal fac tu la juga dia belajaq. Aku tanya lagi, dia tengah kerja ke? Sambil memandang atas ke bawah. Masa tu dia pakai jeans je dengan baju koler masuk dalam seluar. Dengan selipar full face. Dia cakap dia tengah run projek basikal. haha dari dulu sampai sekarang itu je dia usahakan. Projek basikal. Alhamdulillah, aku rasa mesti dia dah melangkah setapak kut.

Lepas tu, dia mintak diri sebab nak panggil member foreigner nya. Aku tengok macam tourist guide je dah. Aku jenguk ke luar tempat dia bersembang dengan member dia. betul la dia dan member asing dia tu datang menggunakan basikal. Otakku meyakinkan aku yang dia tu memang tengah mengusahakan bisnes basikal.

Then aku g bayar kue yang aku beli. Aku pun berjalan balik ke ofis yang jauh 200 meter dari situ mengikut perkiraanku. Masa tu, nak je aku gigit kue yang ada ditangan, sambil-sambil berjalan santai tu. Tapi sebab aku dah janji tak nak makan berdiri or berjalan, maka aku sabarkan hati. Masa tu aku berperang dengan perasaan. Nak makan ke atau bersabar. Tapi saitan kalah dengan aku. Aku nampak je kerusi tepi jalan, aku duduk then kunyah terus dengan rakus. Ah peduli apa orang lain nak tengok..aku makan beradab. walaupun sedikit rakus..

Yela, dulu aku pernah diskas soal Nabi dan kasih kepada Nabi. Bagaimana rindunya aku dengan Baginda. Tapi bila aku fikir. Sunnahnya pasai makan/minum tu pun aku tak boleh nak amalkan, bagaimana mungkin aku mengaku yang aku mencintai Nabi kan? Ada banyak lagi perkara remeh/kecil bagi kebanyakkan orang yang aku rasa nak ubah dalam hidup aku. Ini salah satu contohnya. (makan dengan rakus tadi tu khilafku hahaha)

'Kadang perkara kecil itulah yang akan menjadi pemangkin kepada perubahan yang lebih besar'

ok sekian

#aku terlupa beli air mineral. Maka sekarang aku dahaga..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian