May 30, 2012

Bergerak pantas

Hujan telah turun perlahan diluar. Tekun membasahi jalan yang semalam panas membingit. Ah, perancangan Tuhan, tiada siapa tahu. Semalam Dia terikkan matahari. Hari ini Dia turunkan hujan. Habis membasahi segalanya. Termasuk 'hati' ku.

Aku perati lagi dari ruang tingkap bilik pejabat. Berpusu-pusu budak-budak turun dari bas. Yang berbekal payung seorang satu. Mereka yang menunggu turn untuk naik ke dalam bas juga sama banyak dari yang turun. Rutin seorang pelajar unibersiti. Pergi kelas, balik kelas, tidur, makan, solat, buat assignment, pergi kelas semula. Cycle of life.

Lepas belajar, dapat kerja lepas tu kahwin. 

Bila difikir panjang, pendek sungguh perjalanan hidup ni. kan? Aku misalnya. Seperti baru semalam aku jejak di menara gading ini. Dengan beg roda yang besar penuh dengan baju. Gaya seperti budak cerdik yang dahagakan ilmu. Padahal tak. 

Seperti baru semalam aku berkenalan dengan rakan baru yang sukar difahami perangainya. Seperti baru semalam aku terkena kejutan budaya belajar yang sungguh pelik. Yang mengajar pelajar unibersiti untuk kukuh menjadi seorang pemalas tegar. Seperti baru semalam aku lincah mengorat awek-awek uniberisiti yang sedap mata memandang. Dengan pelbagai ragam kecomelan. Apetah lagi dengan fesyen yang menyesakkan rongga pernafasan.

Ah masa itu sudah jauh aku tinggalkan. Aku selesa dengan hidup sekarang. Tidak terbeban dan tidak membebankan. Menjadi pelajar post-grad ini tidak mudah seperti yang selalu tersangka oleh ramai orang. Sungguh. Apatah lagi pelajar seperti aku. Bekerja sambil belajar. Yang terpaksa memberi masa 8am-5pm bekerja. Selebihnya itu saja aku guna untuk study dan sebagainya. 

Tapi itu namanya 'dewasa'. Perlu ada komitment. Perlu 'berdiri atas kaki sendiri'.

Hari ini harus lebih baik dari semalam..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian