May 30, 2012

Manusia itu pelik

Memang menjadi kebiasaan. Facebook kini menjadi tempat meluah segala hal. Dari hal remeh temeh, hingga hal dalam kain. Kalau boleh, kurap duk letak dekat mana atas badan dia pun akan didedahkan. Bagi mereka, internet, iaitu dunia tanpa sempadan ini hanya terarah kepada facebook semata-mata.

Tak salah. Tapi berpadah itu kan lebih baik. Jangan dilihat orang lain sangat lemah yang hingga sanggup membuka pekung, kurap, panau, kudis, tahi lalat, parut luka di badan. Itu orang puteh panggil 'loser'. Kurangkan bercakap soal diri yang tak elok, soal tak kepuasan diri or sewaktu dengannya.

Aku selalu merasa pelik tentang banyak perkara. Samaada tindakan mahupun buah fikiran yang bagi aku sedikit 'songsang' daripada keadaan yang asal. Mungkin ini yang dikatakan perbezaan fikiran. Mungkin. 

Tapi aku tetap berdiri diatas segala pendapat yang aku keluarkan. Even orang lain tak boleh terima. Aku masih akan berdiri tegas disitu. Bijak pandai selalu berkata, raihkan perbezaan. kerana itu sumber ilmu. Bukan mencaci maki.

Tadi aku ada baca satu status facebook. Aku sangat tertarik dengan ayat yang dilemparkan. Yang menjadi tatapan umum. Menarik dan sedikit kontroversi. Bagi aku. Tak tahu pula bagi orang lain. Dia kata, walaupun dia tak jaga aurat, tapi dia sembahyang.  dan dia lebih baik daripada mereka yang mengata dirinya..

Sikit je aku nak ulas soal ni. Islam ni tak boleh ambil suku-suku. Kau buat sikit, ok kau dikira baik. Atau sebagainya. Kau berkopiah sikit, ok kau dikira baik, dikira 'ustak'. Kau selalu pergi surau selalu, ok kau dikira baik atau alim atau ustak atau semat. Tidak. Baik itu terlalu abstrak. Hanya Allah yang maha mengetahui. Kerana penilaian Allah itu yang muktamad. Titik.

Bukan bermakna kau buat semua tu kau tak dikata baik. Baik memang lah baik. Tapi kalau kau sendiri mengecop diri sebagai baik, maka itu bukan baik. Tapi itu 'Saitan'. Selalu mengatakan diri kita baik itulah, menjadikan kita leka, menjadikan kita lalai, menajadikan kita taksub dengan 'kebaikkan' diri, yang kita ada-ada kan. Walhal, apa amalan agama yang kita lakukan itu pun adalah perkara asas agama yang memang WAJIB kita lakukan sebagai islam. kan?

Kau quote lah pelbagai hadis, pelbagai nasihat agama bagai, tapi kalau itu bukan kerana Allah, pasti semua itu sia-sia. Tapi, soal ini bukan urusan kita untuk tentukan. Itu kerja Allah. Allah lagi mengetahui. Tapi kita boleh rasainya samaada itu adalah real atau fake.

Sebab itu, kita jangan fikir, bila kita melakukan amalan agama, yang wajib itu misalnya, kita boleh terlepas daripada perkara buruk yang kita lakukan. Tak. Selalu saja orang mengatakan 'ala, aku tak pakai tudung ni lagi baik daripada mereka yang memakai tudung tapi tak solat, tapi  bla bla bla..' 

Ini tipikal kita. Dah tak ikut ajaran agama, malah boleh pertikaikan orang lain. Sebab itu dalam islam, sebelum kita menunding jari kepada orang lain, kita perlu lihat diri dulu, lihat keluarga kita dulu baru orang lain. (Bukan dalam bab menasihati). Jangan selalu merasa diri kita lebih daripada orang lain, atau merasa diri kita cukup sempurna. 

Jadi, jangan menghukum orang lain dengan mudah. dan jangan fikir kebaikan yang kita lakukan boleh menutup segala keburukan yang kita lakukan. Dalam agama, Jangan kejar perkara 'besar' sedangkan perkara 'kecil' pun kita tak mampu laksanakan..

Pandang diri..



No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian