May 29, 2012

Pelik..

Ada perkara pelik selalu berlaku dekat blok kediamanku. Dan memang siyes sangat pelik. yang pertama, ada seorang chinese yang selalu basuh baju. Setiap hari aku terserempak dia tengah basuh baju. Bayangkan hampir setiap hari. Bukan berselang hari. Asyik tengok muka dia meramaikan tempat basuh baju.

Apa yang pelik ialah, setiap hari tu dia basuh, dia akan basuh sebaldi baju. Aku pelik. Takkanlah dia pakai baju sehari ganti setiap 30 minit? Gila hape?. kan? Aku mula-mula tak perasan. Tapi selalu terserempak jadi ingin tahu makin membengkak didada .Busybody.. Aku syak dia ambil upah basuh baju member dia..he siapa tahu.

Satu lagi kejadian pelik yang berlaku ialah bunyi orang bersiul. Tak kira, pagi petang siang malam, aku selalu saja dengar orang tengah bersiul. Aku bengang juga. Annoying. Serupa nyamuk yang berlegar ditepi telinga. Walau sayup kedengaran tapi memang menjengkelkan hati. Noise pollution. Yang peliknya, aku bangun subuh pun ada juga bunyi siul tu. Hairan sungguh. Memang sangat hobi bersiul kot. Sampai pepagi buta pun masih melalak dengan siul.

Pernah sekali. Masa tu aku tengah beraktivitas dalam toilet. Then aku dengar bunyi siul dekat luar. Aku memang nak tahu sangat siapalah makhluk Tuhan yang selalu bersiul tak kira masa. Tapi, tak sempat aku keluar nak tengok siapa gerangan, dia dah blah..

Sampai sekarang aku masih dalam delema. Nak tahu siapa yang selalu bersiul. Misteri sungguh.

Pelik kan? err ke aku yang pelik he..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian