Apr 13, 2012

TulangBelakang..,

Bercakap soal kejayaan, aku ingin berterima kasih kepada mak ayah aku.Aku tahu mereka banyak bersusah payah untuk aku. Hingga kesaat ini. Tidak pernah berhenti melihat aku sebagai anak kecil yang perlu bimbingan. Tak pernah.

Mereka tidak pernah meminta balasan. Apatah lagi mahu aku ikut apa mereka nak. Tak. Cukup aku tahu bagaimana untuk menjaga diri sendiri dan mampu maju kehadapan. Mereka gah berkata itu adalah tanggungjawab mereka.

Kadang aku terlepas pandang kepada mereka. Ya. Aku juga manusia biasa. Tapi aku tahu, dan aku sedar, tanpa mereka, aku tidak mungkin berada dimana aku berada sekarang. Ramai yang sibuk berkata mereka sayang kepada ibubapa, tapi berapa ramai yang benar-benar melakukan dengan perbuatan? Bukan hanya dengan perkataan?

Aku hanya ingin meluahkan. Upaya kita sangat terbatas tanpa mereka. Percaya atau tidak, itu hakikat. Berapa ramai yang berkongsi kejayaan bersama ibubapa mereka terlebih dahulu?berapa ramai yang akan mencari ibu bapa sekerap mungkin bila dalam keadaan gembira? Atau hanya mencari mereka bila kesempitan? Tanya hati.

Ya Rabb, lindungi kedua ibubapaku. Jagalah mereka sebagai mana mereka menjagaku ketika aku kecil. Bukalah pintu hati mereka supaya sentiasa mengingatiMu. Tiada apa yang aku inginkan selain melihat mereka gembira, tenang dan dapat menjalani kehidupan dengan aman.

Aku perlu pulang..#urgent

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian