Apr 13, 2012

Jangan ditanya..,

Semalam aku lepaking, makanking dan borak-boraking dengan member lama. Member yang menangis ketawa masa bertungkus lumus memanjat bukit degree dahulu. Banyak perkara aku terlepas. Terutama hal mereka sekarang. Dan mereka juga banyak terlepas tentang aku. Adil kan? haha

Apa yang paling aku tak suka bila berjumpa dengan rakan lama aku ialah bila soalan ditanya berkaitan dengan GF. Aku sebenarnya tak kisah sangat kalau ada yang bertanya. Tak. Tapi kadang itu, terasa juga kebodohan diri bila terpaksa memikirkan semula benda yang aku dah lupa. Kan? Ex aku misalnya.

Ramai berkata sayang sangat hubungan yang dah lama terjalin putus begitu saja. Dan banyak lagilah nasihat bla bla bla bla bla yang  kadang menyebabkan gegendang telinga aku pekak sementara. Aku tak nak otak aku berfikir panjang lagi menyesali itu dan ini. Cukup apa yang aku ada sekarang. Mungkin, Tuhan tidak ingin aku dengan dia bersama. Samaada dia tersangat baik dan aku ini tersangat Jahat, atau dia tersangat jahat dan aku ini baik. Kan?Aku tidak ingin ulas panjang soal ini. Itu kerja Tuhan, dan aku tak perlu nak ulas bagai.

Bagi aku apa yang berlaku, cukup aku saja yang tahu. Apa bagaimana dan kenapa, siapa, dimana dan sebagainya. Takperlu. Tak perlu aku nak hebohkan segala keburukkan sesiapa pun, tak perlu aku nak ungkit salah siapa pun. Bagi aku, kalau dah berlaku, biarkan saja berlaku. Tak perlu aku nak berlagak baik mengatakan salah kepada ex aku atau rakan dia, misalnya. Tak perlu. Itu tidak akan mengubah apa-apa. Itu tidak akan menjadikan aku baik atau terhapus segala dosa. Lets honest with ourself.

Dulu aku terkesan juga bila ada bercrita belakang soal aku. Ah, tak perlu aku nak ungkit lagi. Tuhan itu tidak pernah tidur untuk melihat apa hambanya lakukan. Dia tidak pernah lelah memberi balas kepada hambanya. Samaada baik atau buruk.

Satu aku bagi nasihat dengan rakan aku, berkait soal hati misalnya (walaupun aku fail haha), careful dengan rakan disekeliling. Tidak semua mereka itu akan membawa kebaikkan dan tidak semua mereka itu juga akan membawa kejahatan. Langkah selamat, dont trust too much.

Aku tidak ingin menulis soal ini. Aku takut ada yang merana. Datinku misalnya.

Seriously lets forget the past. Apa yang berlaku, biarkanlah berlaku. Kita tidak boleh menjangka apa yang berlaku, bagaimana berlaku dan kenapa ia berlaku. Kerana itu adalah perancangan Tuhan yang satu. Kau kahwin bagai, bertunang segala, kalau Dia kata itu tidak sesuai dengan kau, then bye bye.

Once you rasa semua ini, baru tahu langit itu tinggi mana. Maka bersedia kepadaNya, bukan kepada yang lain. Aku tersilap, dan aku tidak ingin kamu juga tersilap. Dan satu juga ingin aku kongsi, please jangan busybody 'keterlaluan' dengan orang lain.

"Don't let past relationships ruin your future happiness, scars remind us of where we've been, not where we are going." 

And for the past, Thank you for everything. Remember what you told me. "forgive and forget"

"Love is not a decision, love is a feeling. if we could decide who we loved, it would be a lot easier but a lot less magical. "

Berhenti melihat apa yang tertinggal sedangkan apa yang berada dihadapan jelas tersedia. Aku selalu berharap, bila berjumpa rakan lama, tidak lagi ada bertanya soalan sampah. yang mungkin menjengkelkan hati. Tapi, aku sangat bersyukur mempunyai rakan yang memahami, dan tahu apa yang aku lakukan, dan dapat membawa aku berfikir perkara yang salah  atau tidak. Aku pernah terbaca satu pepatah " Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat."

I am cool

Mereka bertanya, how you boleh lupa apa yang berlaku? Sebenarnya itu depends dengan diri sendiri. Bila berlaku segala, baru kita tahu segala nasihat orang lain itu sebenarnya sukar untuk diaplikasi secara total. Sangat payah. Apa yang penting, tanya hati mahu bagaimana. Apa yang penting harus berdoa dan STOP  doing something yang ada kaitan.(format everything)

looks, how happy i am..


No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian