Apr 13, 2012

dendam..,

Rindu itu adalah dendam yang terindah.

Soal rindu sukar untuk digambarkan. Kadang kita yang mengalami juga tidak tahu apakah perasaan yang kita alami itu rindu atau pun tidak. Dan kadang itu juga, kita sering tersilap perasaan rindu itu disalah tafsir menjadi mainan perasaan.

Rindu. Adalah abstrak yang sukar digambarkan tetapi mudah untuk dirasai. kau teringat seseorang, itu juga adalah rindu. Bezanya apakah kau sedar atau tidak perasaan itu. Tak percaya? em ada aku kesah..

Aku tidak ingin ada perasaan rindu. Kerana itu adalah sungguh menyiksakan. Lebih baik tidak merasai daripada memendam rasa, mencuka hati, meremuk jiwa. Tapi sukar. Itu fitrah semulajadi manusia. kau tak rasa mungkin kau itu spesis makhluk namek. wajar duduk dalam hutan. Berteman monyet misalnya.

Rindu harus ada penghujung. Contohnya. Kau kata kau rindu kepada Rasullullah. Tapi apakah perkara yang kau lakukan untuk menyampaikan rasa rindu itu kepada kekasih hati Allah itu? kalau setakat berkata, semua orang pasti bisa melakukannya. Sewajarnya, berselawat keatasnya.

Rindu kepada manusia bagaimana pula?


emm pergi kahwin cepat!

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian