Apr 9, 2012

Perlu atau tidak bukan menjadi hal..,

Aku ingin berteriak..

Layaknya sebagai seorang yang mempunyai beban. Dalam bahasa mudah stress. Aku tidak dapat tahu siapa yang memulakan 'terapi' iaitu, untuk menghilangkan stress, kita hanya perlu berteriak. Padahal, daripada pengalaman juga, ianya tidaklah sebaik apa yang diperkatakan. Tapi aku tidak nafi keberkesanannya.

Aku ingin bebas berbuat sesuatu. Tanpa terikat dengan mana-mana batasan. Bukan dari posisi agama. Tapi dari posisi kekangan masa dan juga diri. Aku seorang penyanjung kepada pilosopi. Yang ghairah membaca soal bagaimana kekuatan 'kata-kata' itu boleh membangkitkan kekuatan diri. Diriku terutamanya.

Semenjak dua menjak. Aku pupuk diri untuk menerima satu keadaan dengan fikiran terbuka. Tanpa perlu rasa tertekan, sedih, teraniaya mahu apa pun perkara yang bersifat negatif. Tidak. Aku tidak ingin terkekang dek kerana emosi diri yang suka memperbodohkan. Yang sering melemahkan kaki untuk melangkah ke hadapan. Sungguh 'kebabian'.

Aku sangat suka kepada diri. Kerana aku merasakan diriku diciptaNya dengan sebaik-baik manfaat. Bila orang lain sibuk bertarung dengan diri untuk menurunkan berat badan. Aku pula berhempas pulas menaikkan berat badan agar nampak lebih matang. Agar tidak terlalu terlihat awet muda yang bagi aku memang sangat 'shit'. Biar orang lain sibuk ingin kekal dilihat muda, tapi aku tidak. Aku ingin kelihatan seperti seorang dewasa yang yang memang 'dewasa'.(kebabian apakah kaitannya pula antara kurus dengan awet muda?)

Aku seorang 'dreamer'. Yang mempunyai imaginasi yang sungguh luar biasa tentang masa hadapan. Tentang 'kau', dan juga tentang kehidupan selepas mati. Aku suka. Kerana dengan itu aku dapat menilai dan dapat merancang apa yang patut dan perlu aku lakukan. Hari ini. saat ini. Tidak perlu tunggu hingga ke saat akhir. Aku merasakan ber-'mimpi' ini merupakan satu langkah pertama dalam doaku untuk satu peringkat yang lain, yang lebih sukses. Kerana berangan itu merupakan 'planning' minda.

Apa yang paling penting dalam diri manusia ialah 'hati'. Kuatkanlah hati dengan perkara yang baik. Kerana itu adalah tunjang kepada sumber kekuatan pada diri manusia. Tidak guna memiliki segalanya jika hati tidak bisa memiliki  apa yang diperlukannya.

Sebenarnya, ada banyak perkara yang menjengkelkan berlaku akhir-akhir ini. Terlalu banyak beban yang perlu aku pikul seorang diri. Terlalu banyak harapan yang perlu aku tunaikan. Terlalu banyak perkara yang perlu dipersiapkan, diperjelaskan kepada diri, kepada Adyshah, kepada Tuhan yang satu. Terlalu banyak perkara yang perlu aku tinggalkan, yang perlu aku lupakan.

Aku tiada harapan lain selain daripada ingin melihat 'pelangi' itu ada di dalam genggamanku. Biar semua pergi menghindar. Biar semua mencemuh gila. Biar semua pandang sisi diri dengan perasaan 'tahi'. Biar mereka gelak. Biarkan. Biarkan saja. Kerana mereka bukan siapa-siapa. Mereka hanyalah 'sampah' yang diberi Tuhan kepadaku. Biar aku sedar, biar aku tahu, dunia itu tidak berbentuk mendatar. Tidak. Tapi dunia ini bulat. Sebulatnya hatiku.

Kalau difikir secara waras, ah persetan semua itu. Aku tidak bisa memikir lagi. Aku jadi buntu. Aku jadi stress. Aku jadi ingin berteriak. Seperti teriaknya peminat-peminat artis pada 'anugerah bintang popular' sebentar tadi. Biar pecah kaca bergetar. Biar puas diri merasa. Biar gila diri terasa. Biar. Terapi ini tetap berkesan. Kalau tidak banyak, sikit pasti ada.

Ya, aku sangat sensitip. Maka hindari aku sebaik mungkin. Jangan biar emosi kamu bermain dalam diriku. Kerana aku sangat kejam dalam kata. Kerana aku sangat kejam dalam tindakan. Kerana aku akan menembak tanpa sasaran. Blogger politik selalu menekankan peribahasa ini.' Jika takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai'. Berhindar sebelum 'terasa'

Adakah masih ada waktu untukku lagi? Tuhan?

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian