Apr 8, 2012

pemusik..,

Aku teringat dulu. Masa itu aku sangat sayang kepada musik. Masa aku cinta kepada musik. Aku selalu berangan-angan untuk menjadi ahli musik profesional. yang boleh bermain alat musik dengan baik. Terutamanya guitar. Yang dapat bermain diatas pentas dengan berkualiti.

Bila aku sudah semakin mula berfikir secara matang, aku terasa jauh dengan apa yang aku inginkan itu. Dulu, aku selalu berangan. Jika tidak dapat menjadi seorang pemain musik profesional, seperti shah slam ke, aku nak jadi pemusik jalanan. Yang bebas bermain ditepi jalan. Yang bisa menghiburkan orang lain. Yang dapat memberikan kepuasan kepada diri. Bukan sebagai pekerjaan, tetapi sebagai hobi. misalnya.

Itu dulu. Sekarang angan-angan itu masih ada lagi. Tapi tidak seghairah dulu aku mengejarnya. Aku hanya sekadar bermain untuk kepuasan diri. Aku merasakan tidak perlu aku mengejar semua itu. Cukup aku yang merasainya.

Banyak juga aku belajar alat musik. samaada alat musik tradisional mahupun non-tradisional. Tapi, belajar sekadar tahu. Bukan secara formal yang boleh membaca not musik. Yang boleh bermain secara baik. tidak. Aku belajar gamelan. Aku juga belajar cak lempong. aku tahu bermain piano, keyboard. Aku juga tahu meniup seruling. aku tahu bermain harmonika. Bermain gitar apatah lagi. Tapi sekadar tahu bukan taraf yang profesional.

Aku jadi rindu bila melihat masa lalu itu. Zaman budak-budak yang minat kepada musik. Yang ghairah ingin bermain di gigs. Yang sering saja ingin bermain di B.O.B. Semalam aku lihat ada pemusik jalanan di kl. central. Lama juga aku dengar dia bermain gitar sambil menyanyi. Menghayati seninya. Yang pernah aku lakukan dulu (tapi tak mintak duit). Tiada apa yang mereka inginkan melainkan inginkan kepuasan diri.

Dulu aku selalu bayangkan. Jika aku dapat melanjutkan pelajaran ke oversea, aku ingin bermain musik ditepi jalan. Sebagai sambilan. Yang mungkin dapat aku ceritakan kepada anak-anakku. Ya, sekadar bermain untuk hiburan diri dan orang lain. Kerana apa? kerana disana golongan seperti ini lebih dihargai berbanding di negara kita. Lagipun tidak ada siapa yang mengenali diriku disana. Al maklum aku kan pemalu.

Mungkin, Tuhan telah menetapkan jalan hidupku bukan ke situ. Tapi ke satu arah yang lebih baik lagi. Aku sangat menghargai mereka yang tahu menghargai seni. Semoga, perjuangan mereka akan terus dihargai..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian