Apr 9, 2012

Hati ini aku punya..,

Hidup ini kadang sungguh menjengkelkan. Kerana, sebagai manusia biasa, kita selalu terjerat dengan keadaan. Terperangkap dalam keadaan samaada ingin memuaskan hati orang lain dalam masa yang sama hati sendiri hancur, atau menjaga hati sendiri dalam masa yang sama, hati orang lain yang berkecai. Pening seperti pusing. Ingin berlari sejauh mungkin daripada kebodohan dunia.

k.z pernah berkata kepadaku, kalau tidak ingin orang lain ambil pusing apa yang kita lakukan, apa yang kita hadapi dan sebagainya, pergi saja ke dalam hutan. Pasti tiada siapa yang akan lagi akan berkata songsang.  Sangat pedas tapi benar. Ya aku tahu, manusia itu dicipta mempunyai mulut yang sama tajam umpama pisau. Yang boleh mengores tanpa mengeluarkan tetesan darah. Yang mampu melemahkan saraf tanpa perlu tindakan.

Jadi, harus apa aku tergusar dengan ini? Aku hanya perlu berdiam diri dan membiarkan mereka. Terus berkata sampai mungkin Allah mengambil nikmat itu. Biar mereka tahu 'sakit' itu bagaimana. Points besar yang ingin aku bawa disini ialah, jangan terbitkan rancangan 'melodi' dalam diri kamu. Ingat doa mereka yang teraniaya itu sangat mustajab. Sangat mustajab.

Aku juga tidak berani bermain amarah dengan orang lain. Kerana bila aku menyakitkan hati mereka misalnya, segala apa yang diungkapkannya ketika marah itu adalah doa yang Allah mungkin terima cash. Aku 'begini' juga mungkin dek kerana doa mereka yang pernah aku sakiti yang tanpa aku sedari atau tersadar melakukannya. 

Aku tidak ingin berkata panjang. Bukan juga ingin mencari salah atau ingin mengecop diri sebagai suci, alim, baik dan sebagainya. Tiada ingin. Aku hanya ingin hidup bebas terhasil atas corak yang aku inginkan. Bukan atas buah-buah fikiran orang lain. Memang pandangan orang lain itu harus diambil kira, tapi jangan sampai membelakangi apa dimahu oleh diri. Para motivator juga selalu mengingatkan, 'lakukan apa pekerjaan yang kita suka, baru akan bersungguh-sungguh dalam pekerjaan'. Maka begitu juga dalam kehidupan seharian. Lakukan saja segala hal yang kita inginkan selagi tidak menyalahi mana-mana posisi. Hati akan senang menerimanya.

Ya aku mengaku baru-baru ini aku hampir saja terbunuh oleh perasaan. Tipu kalau tidak parah. Dan tipu kalau aku tidak terkesan. Aku manusia normal yang punya hati merasa sakit bila terduga oleh mainan perasaan. Tapi itu sudah berlalu. Ya sudah berlalu. Apa perlu tangisi perkara lalu, kalau ia tidak memberi erti? Tiada apa keperluan. Maka, jangan terlalu lihat aku 'kecil' padahal aku bisa saja melempang keadaan itu.

Dan adalah normal bila kita terkenang 'lalu' itu bila kita melihat depan yang terang. Sesekali misalnya.

Aku tidak perlu nasihat yang berlebihan. Kerana aku bisa menjentik sakit itu. Bila aku jatuh, baru aku tahu bagaimana rupa 'kawan' itu. Bagaimana 'kawan' itu sepatutnya. Baru aku kenal siapa 'kawan' yang benar-benar kesah dengan apa yang berlaku. Yang faham tanpa rasa sangsi. yang menadah telinga tanpa rasa jemu. dan baru aku faham semua itu.

Dan aku tidak pernah berubah. Aku adyshah yang sangat kejam. Yang akan 'memancung' tanpa rasa belas. Ya, tanya saja kepada mereka yang dekat denganku. Kenapa perlu aku berubah atas sebab orang lain? kenapa aku perlu berubah atas sebab ingin menjaga hati orang lain. Kebabian apakah itu?

Aku suka menulis. dan aku tidak akan berhenti menulis selagi aku masih bernyawa. Aku tidak mengalu-alukan mereka yang membaca sekadar ingin menjadi judges yang tidak bertauliah. tidak perlu. Aku ingin menulis meluah apa yang ada dihati. K.Z pernah berkata, menulis itu mempunyai roh yang boleh menenangkan jiwa. Dan aku akui ada benarnya. Aku tenang bila menulis.

Robert kiyosaki pernah berkata dalam bukunya 'Rich brother, Rich sister'. Tak perlu aku perkenalkan siapa penulis ini. Kerana umum telah tahu. Apa yang aku ingin highlight disini, apa yang dikatakan beliau ialah bila kita menulis, berkarya atau melakukan sesuatu pekerjaan, dan ada yang mengkritik, mengambil kisah dan sebagainya bermakna apa yang kita lakukan itu mendapat perhatian ramai. Tetapi bila kita melakukan sesuatu pekerjaan, tetapi tidak diendahkan orang lain, maka itu menunjukkan apa yang kita lakukan itu tiada bernilai umum.

Sekarang, aku sudah malas untuk menjelajah dari satu blog ke blog yang lain. Apatah lagi ingin menjadi stalker yang tegar. tidak. Aku sekadar membaca blog politik, ya sekadar ingin tahu perkembangan semasa politik malaysia yang kini semakin parah. Ramai bertopengkan saitan. dan beberapa blog yang boleh menenangkan diri.

Ps: menunggu bulan jatuh ke riba..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian