Apr 9, 2012

Gout..,

Aku baru tahu apa itu Gout. Semenjak ayah aku menghidapi sakit ni, baru aku terasa rajin untuk melakukan serba sedikit research tentang apa itu Gout.  Penyakit inilah yang menyebabkan ayah aku sering tidak tidur malam. Aku jadi ingin tahu.

Apa yang penting, aku ingin tahu bagaimana sakit ini boleh berlaku, dan apa cara untuk membendungnya.

Selama ini, aku hanya tahu gout adalah sakit bengkak kaki. Tidak ada tergerak hati ingin tahu lebih mendalam soal sakit ini. Aku bukan belajar dalam bidang perubatan pun yang memungkinkan aku tertarik untuk tahu lebih lanjut. Aku lagi suka belajar soal alam sekitar. Lebih lebih lagi aku ini jenis yang tiada kisah sangat soal penyakit.

Bila terkena dengan ayah, baru aku mula tanya sana sini. Tanya dengan pakcik google dan sebagainya. Hasilnya, akhirnya aku tahu bagaimana Gout itu terjadi. Apa itu menatang Gout. Kalau kamu ingin tahu nah baca saja disini. Sebagai pengetahuan am mungkin, jika satu hari nanti ada orang lain bertanya. Tak tahu mendalam tidak mengapa, yang penting tahu menjawab selayaknya seorang yang ada sedikit pengetahuan. Bukan bodoh sombong. 

Ayah aku taklah seteruk mana. Cuma kadang-kadang saja. Semoga Allah menjaga dirinya. Tiap malam dia pasti mengeluh kesakitan di bahagian kaki.Aku yang melihat juga merasa sakit, apatah lagi dia yang merasanya.

Doakan ayah aku semoga dikurangkan rasa sakit itu. Aku tahu ini ujian daripadaNya. InsyaAllah, semua pasti akan ada hikmah yang tersendiri. Kalau kamu masih ada ibubapa, sila jaga pemakanan mereka. Inilah saat kita pula menjaga mereka pula. Jangan tunggu hingga peluang itu telah tiada.


No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian