Mahu saja aku robek perasaan ini. kerana aku sangat benci diperlaku seperti anak kecil. Yang hilang rajuk bila diberi gula-gula. Yang dijelingkan mata akan diam membisu. Tiada suka. Nasib masih ada lagi sisa-sisa belas kasihan. sebagai 'rakan' misalnya.
Aku sudah kata, jangan perlaku aku begitu. kerana aku masih punya semangat yang asal. Aku masih Adyshah yang kool. Yang masih menulis dengan imaginasi melampau. Yang sentiasa memuji tinggi diri sendiri. Yang masih tersenyum palsu kepada orang lain. Yang masih lagi bebas berkata. Yang punya hati dimiliki Tuhan. Yang tahu kekurangan diri. Yang melihat ibubapa sebagai motivasi diri. Yang tidak hipokrit dengan dunia. Yang benci kepada mereka yang bajet bagus, yang bajet tahu, yang bajet dia lebih islam dari orang lain (Booo), yang bajet segalanya lebih dari orang lain. Aku masih adyshah itu! yang kejam bila berkata.
Aku semakin pening dengan keadaan. Dengan sekeliling yang tidak banyak membantu. malah membatu. Shit apakah mereka ini? Adakah angin petang itu tidak bisa mengurangkan kekeruhan hati? juga tidak bisa mendamaikan diri yang kepanasan? Atau saja masih tidak percaya aturan Tuhan? Ahh aku keliru. Adakah aku yang tidak percaya, atau mereka yang kurang yakin?
Awan itu memang tampak kelam. Mungkin sesaat dua akan menjatuhkan titisan hujan membasahi bumi. Yang akan menyejukkan kepanasan hati. Yang juga akan menduga kepada para petani mahupun nelayan. Malah memberi sibuk kepada lalulintas. Atau memberi ceria kepada mereka yang enak di atas katil. Maka, apa perlu salahkan keadaan itu sedangkan kita punya hati yang mampu bersabar. Itu kehidupan. Ada masa kita jatuh, ada masa kita bangkit mendongak langit. Tersungkur, berdiri, berlari, terluka itu perkara biasa.
Bezanya berapa pantas diri untuk menerima keadaan itu. Bisa saja kamu melihat kepayahan orang lain sebagai satu pemangkin semangat diri. Tapi jangan bunuh dia dengan memberi kesian berupa kata yang sampah. Jangan! Jangan pandang rendah kebolehan orang lain. Terutama dalam payah untuk bangkit semula. Jangan. kerana kekuatan sebenar seseorang bukan terlihat daripada kelakuan secara total, tetapi bagaimana hatinya itu mampu berdiri.
Berhenti melihat dengan pandangan negatif, kerana itu adalah sumber perbalahan. Apa perlu cari persengketaan sedangkan aman itu lebih baik? Aku tahu tulisan ini ada aura negatif, amarah yang sungguh bergelora. Yang kalau saja diluah secara tepat, pasti akan mengeluarkan kata-kata kejam. Aku mampu kawal. Cukup memperbodohkan diri, dan jangan sampai menjijikkan orang lain.
Tidak ingin aku berkata lagi, kerana itu perkara sia-sia.
No comments:
Post a Comment