Apr 14, 2012

Demands..,

Satu saja aku ingin kongsi sekarang, aku bosan. Aku nak tulis soal demands manusia.

Tapi biasalah, anak muda zaman sekarang ini, kerja dia asyik nak demands saja. Kerja nak demand. Hidup nak demand. Semua benda dia nak demands. sampai benda yang tak patut nak demands pun dia rasa nak try demand. Konon bila dia jadi seorang yang demanding, dia akan menjadi lebih sempurna. Tahi sempurna!

Kadang bila terlalu menginginkan satu perkara terjadi kita mungkin akan terlepas dengan nikmat 'syukur' yang Tuhan ingin beri kepada kita. Ye la, dah hati dajal asyik nak benda lebih saja. Bagaimana mungkin nak bersyukur dengan apa yang dia ada? kan?

Itu satu hal.

Terpulang kepada diri masing-masing. Aku tak juga nafikan demands itu perlu. Tapi perlu bertempat. Bukan main hentam keromok semua benda nak demands. Masuk kedai mamak nak layanan 1st class misalnya. Padahal order roti kosong je. Kejadahnya demand begitu?

Demands kepada orang lain itu yang perlu berpada-pada. Tidak demand kepada diri sendiri. Contohnya kau bekerja. Kau harus demands dengan diri sendiri supaya dapat menjadi pekerja yang berdedikasi, berintelektual, berintegriti, bermutu, gaya, keunggulan, hensem dan sebagainya. Jangan masuk bab demands diri, kau fail. kan?

Soal cinta juga harus ada demand. (bab cinta aku suka)

Bukan bermaksud bila pasanganmu tak sepadan dengan kau, kau demands nak suruh dia tukar segala demi penuhi selera berahi diri kau. Nak minta tukar muka pasangan kau menjadi Angelina Jolie misalnya, atau neelofa ke. Ah shit, aku dah berhenti minat neelofa.Dem. Itu cintaapakejadah namanya. Jangan. Jangan berlaku tidak adil. Kerana once kau jatuh cinta, kau kena niat yang dia pasangan kau hidup mati. Bukan pasangan untuk melempiaskan nafsu semata.

Kau demands harus kepada kepada kebaikkan. Misalnya menjaga akhlak, jaga segalanya yang dituntut oleh  agama, undang-undang, makbapak, unibersiti dan sebagainya. Itu baru betul. Bukan memaksa, tetapi cuba untuk mendidik jiwa, mendidik diri supaya bermula dari awal untuk menjadi baik. Bukannya berkata "ala tak mengapa kau curang masa bercinta, jangan curang masa kahwin" (ini contoh) Beb, bercinta itu adalah jalan menuju perkahwinan. Kalau disepanjang perjalanan pun kau terdidik begitu, apatah lagi di alam perkahwinan yang seumur hidup kau pandang muka pasangan kau. Alamat kahwin sebulan kau dah tempah tiket neraka curang dengan perempuan lain. nak?

Aku boleh jamin, orang jenis begini adalah mereka yang hidup serupa artis. Kahwin cerai, break-up, curang sana, curang sini, ambil pasangan orang lain, rampas sini, skandal sana sini adalah budaya yang telah menjadi normal. Yes Normal. Hidup serupa tiada prinsip. Apa yang dia kejar bukan bersifat kekal, tetapi temporary feeling. Ah sudah, lari tajuk. Hahaha. Ada aku kesah?

Begitu juga soal agama.

Perlu ada dalam diri untuk mahu jadi lebih baik daripada semalam. Tak perlu kau heboh bagai dekat dalam twitter, dekat dalam facebook, dekat dalam blog misalnya. Mengatakan kau baik, kau alim bagai. Tak perlu.  Tindakan kau itu hanya mengundang kepada satu persepsi buruk kepada agama itu sendiri. Apatah lagi diri kau yang mungkin baharu tuhan beri nikmat islam.

Cukup kau beri contoh yang baik kepada orang lain. Tak mengumpat, tak busybody, tak bangga diri, tak cerita kebaikkan yang kau lakukan atau ibadah yang kau lakukan misalnya. Tak perlu semua itu. Mereka yang mempunyai pegangan agama yang kuat tidak perlu mengheboh segala apa ibadah yang dilakukan atau berapa tinggi ilmu yang dia tahu. Tak perlu. 

Kerana, Allah telah bekalkan 'Nur' keimanan kepada mereka yang beriman. Kau tak cakap kau baik pun pasti orang akan tahu kau baik. Jangan obses ingin dilihat sempurna dimata orang lain. cukup Dia melihat kau sempurna. Bila Dia melihat kau sempurna, inshallah orang lain akan melihat cahaya dalam diri. Tak perlu kita bersusah payah bagai promote diri sendiri seperti promate produk kecantikkan. Nehi, tak perlu.

Bak kata pepatah ' kalau tangan kanan memberi, jangan sampai tangan kiri tahu'. Begitu juga dalam kita beribadah.

Remember :

"Islam is not about 'we're better than you'. Islam is about 'let me show you something that is better for you"

errr sekian.


Ps : Maka, perlu melihat diri dan situasi sebelum demands kepada sesuatu. Terutama melibatkan orang lain.  err Ingatan dituju kepada Datin dan juga diri aku. eh kau juga. yes yang tengah baca ni..






No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian