Apr 13, 2012

Buku..,

Beberapa waktu dulu, aku berangan nak jadi penulis. Ada dua tiga empat manuskrip aku tulis. Tapi hampeh semua separuh jalan. Ada yang dah hampir siap, tapi disebabkan dulu laptop aku pernah merajuk, maka aku terformat sekali dengan manuskrip aku tulis tu.

Aku pun tak tahu bagaimana hasilnya. Tapi ntah. Sekadar menulis untuk diri, maka aku tak terfikir kalau penulisan aku ini membosankan orang lain atau tak. Dan aku tak kisah mana. (dah aku bukan nak publish pun). lagipun jalan cerita aku tulis, boleh mencacatkan minda juga.

Baru-baru ni. Masa aku balik rumah jenguk mak ayah aku. Aku ada lihat ada satu manuskrip dekat atas meja belajar adik aku. Ntah bagaimana aku boleh tertarik nak selak menatang tu. Masa tu, manuskrip tu tersusun rapi dekat tepi. Terselit sekali dengan buku-buku yang lain.

Mula-mula aku lihat tajuk dia. "Adriana".

Aku pun start baca. Laa ini Novel yang aku tulis, tak siap lagi pun. Kenapa boleh ada yang dah print out. Masa aku baca, terasa menarik juga.(haha masuk bakul) Yela, aku tulis ikut imaginasi gila. Terasa bangga juga hasil penulisan aku dibaca family. Sah-sah akak aku punya kerja pergi print out segala. hari tu dia yang kata dia ada terrrrbaca novel yang aku tulis. Rupanya dia pergi save. Patutlah hari tu dia pernah cakap, kenapa tak jadi penulis sambilan saja.

Tapi manuskrip tu aku dah buang ntah kemana. Sebab itu hasil idea ex aku juga. Maka aku tak naklah nanti terfikir pasal dia or anything yang bisa buat aku sakit hati. Tak profesional kan? Tapi,daripada terfikir benda yang menyakitkan hati lagi, lebih baik hapuskan segala jejak. kan? Ala ala lagu peterpan 'Menghapus jejakmu'.

Ps : Nak menjadi penulis, perlu rajin menulis. Bukan menulis separuh jalan. Ingatan kepada Adyshah. Cita-cita tinggi melangit tak guna juga kalau malas hahaha..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian