Apr 14, 2012

hatigila..,

Kalau masa bisa aku putar semula. Akan aku putar mengikut alunan hati. Biar ceria diurung masa. aku ingin menelusuri saat itu. Bila aku bertemu denganmu. Melihat. Tersenyum sipu.Melihat lagi. Tunduk. ah kebudak budakkan. Kau? mahu begitu juga? 

Aku jejak jalan itu. Dimana kau sering diam membisu. Dihiruk pikuk kebisingan ramai. Yang begitu riang menonjolkan diri. Aku juga begitu ketika itu. menonjol diri biar disenang. Ntah, mungkin kau tidak perasan aku ketika itu. Tapi. Aku lihat kau ketika itu.

Memerhati bagai tiada kata. Diam bila ditanya. Sepatah kau jawab bagai setahun lamanya. Berkurung cantik persis melayu asli. yang mengekalkan jiwa anak desa sehening salju. Indah. Tidak terkata ketika itu memerhati. Sungguh berdosa aku.

Kau yang harus dipersalah. Kerana memberi aku peluang menjentik hati. Aku ingatkan itu hanya sementara. Lumrah anak muda yang suka kepada keindahan. aku juga begitu. Ia terus terpupuk walau aku cuba hindari.

Aku jadi gelisah. Jika rasa itu bisa buat aku jadi gila. Tapi itu tidak pernah kau tahu. kan? Aku tutup warna hati itu dengan warna hitam. Biar tidak terlihat yang lain. Biar aku saja yang tahu. Aku manusia biasa. punya hati pelbagai warna dan rasa. kau mungkin pencorak dalam diam. Tahu?

Kau tahu? Aku juga ingin bermimpi. Berjumpa dengan dirimu. Agar aku dapat meluah segala rasa ini. Tapi gagal. Aku tidak pernah untuk bermimpi semudah orang lain. Cukup aku tidak basuh kaki sebelum tidur. Aku amal petua bagai. Tapi sia-sia. Aku hanya tersedar bila pagi menjelang. Tiada mimpi. hanya air liur basi yang ada. Hampeh! Tahu?

Kau ragu bagai aku seorang anak raja. yang menjadi kegilaan si gila. Aku hanya ini. Yang ada baju dan celana. Yang ada hati tiada rupa. Tiada apa pertaruhan aku mampu beri selain hati yang memberi. Aku masih dalam perjalanan. Mencari destinasi indah untuk kekal disana. Mungkin bersamamu atau mungkin tidak. Tapi aku mahu kamu teman aku.

Aku tahu kau jauh. Dekat pun masih jauh. Kita terbatas oleh ruang kosong. Bukan seperti yang lain. Bisa ke sana ke mari. Berjumpa disana sini. Tiada begitu. Cuma janji yang ada. Jika jodoh itu kuat, aku pasti mencari kamu disana. Seperti mana kau menunggu aku. Dalam diam. Aku tahu hatimu tanpa kau perjelaskan.

Kisah lalu itu hanya pengajaran. Kau pandang menyakit hati. kau buang tiada berguna. Kau simpan menambah sengsara. Jangan kau sesal apa yang berlaku. Aku juga tidak ingin berlaku begitu. jangan pandang lagi. Cukup!

err sekian.

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian