Mar 18, 2012

Umur dan perancangan

Tak lama lagi umur aku meningkat setahun lagi. Tapi apa ntah pencapaian yang aku ada? Master? em separuh jalan pun tak sampai lagi. member, aku rasa dah hampir semua dah ada kedudukan, ada keluarga, ada kerja dan sebagainya. Hamperh disitu.

Kalau aku melepak dengan mereka, sure aku akan diperli sebagai budak sekolah. Dulu aku bangga digelar budak sekolah or sewaktu dengannya. Tapi bila dah semakin tua, semakin dekat-dekat nak mati ni, aku terasa panggilan seumpama itu hanya sekadar perlian berbisa. Yang aku terasa ingin sambut dengan sebuah lempangan.

Tadi aku ada baca satu blog. Dia kisah soal hidupnya yang kini meningkat dewasa (padahal adik dari aku). Dia cakap umur seumpama aku ini, memang aura untuk berkahwin itu kuat. laa, patut aku semenjak dua menjak ni, asyik merancang je segala hal. Asyik mengira duit hantaran, plan nak rumah dekat mana, kerja mana, dan sebagainya. Aku tak tahu pula ini adalah normal. Hamperh disitu.

Tadi mak aku cerita dekat kampung aku macam musim mengawan (mak aku kata musim kahwin). Setiap minggu dua tiga undangan kahwin datang. Aku cakap dengan mak aku, ok lah, bawa satu family pergi kenduri kahwin, tak payah masak dan sebagainya. Good planning. Hahaha. Aku faham dengan mak, dia dahlah tak boleh makan sangat ayam, daging segala, lain lagi dia bawa cucu-cucunya dua tiga orang yang sangat nakal tu. Haha belum tambah lagi anak aku tu, anak abang berapa kerat pun dah tak larat.

Dah masuk umur dewasa ni, fikiran asyik kepada masa depan je. Yela, persediaan nak jaga anak bini. Aku malas nak kisah pasal kahwin sebenarnya, tapi adalah juga terfikir dua tiga kali, selain memikirkan umur dan kerja dan duit. Kalau benar perancangan Tuhan kepadaku, jalan tu sebenarnya nampak mudah dengan aku. Tapi tak tahu pula kalau Dia menguji lagi. Emm Redha je la.

Cuti nanti ni, aku cadang nak keluar berjalan sikit. Ada tiga tempat aku nak pegi. Sebenarnya ada 4 tempat. Tapi disebabkan aku ni adalah blacklist ptptn, maka yang ke empat itu dah terbatal secara automatik. Aku cadang nak ambil cuti dua tiga hari nak balik rumah. Nak pulihkan hati dan memohon restu ibunda hahaha. Takda, aku nak jumpa mak aku je. Tapi tiket flight gila babi mahal (aku still boleh pegi, tapi bajetku lepas tu kompem sempit lagi).

Kedua aku nak pegi Terengganu. Aku pun tak tahu kenapa aku nak pergi sana. Mungkin mengidam keropok lekor dengan soton celup kot. dah setahun lebih aku tak jejak sana. Hati konon berkobar-kobar nak pegi. Tapi, emm ntah lah, still dalam perancangan. Tak pun aku nak pergi labuan sekejap. Jumpa kazen dekat sana. haha. Hari tu aku dah janji dengan dia, tapi aku tak jadi nak pergi sebab aku rasa tak berbaloi. Sekarang bila hati aku begini, aku rasa better aku pegi sana sekejap. Makan coklet ke ape, kan?

Last-last, kompem aku dok bilik je nanti tu hahaha. Mak aku pun cakap pegilah rilekkan otak sikit. So disebabkan taknak durhaka kepada mak, aku plan la sikit, biar nampak real. walaupun aku still blurr nak ke tak nak.

Ya Allah tenangkan lah hatiku

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian