Mar 19, 2012

Keyakinan..,

Semenjak dua menjak ini, aku asyik fikir pasal kehidupan, pasal hukum balasan tuhan di dunia. Betul orang kata, bila kita diuji baru kita akan fikir semula, apa yang sebenarnya pernah kita lakukan. Kerana, setiap yang berlaku itu ada sebab dan asbabnya. Ia tidak akan terjadi kerana sia-sia.

Contohnya kau kena marah bos. Bila kau kena marah mesti kau akan merunggut itu dan ini,sebab sikap bos yang misalnya sangat teruk. dan semahunya kau ungkit segala kebaikkan yang kau buat dengannya dan kau ungkit segala keburukkannya dihadapan orang lain. Itu sikap tipikal yang selalu orang akan buat (termasuk aku).

Tapi sebenarnya, tindakan bijak oleh seorang manusia yang berakal ialah dengan melihat kelemahan diri sendiri terlebih dahulu. Pepatah melayu mengatakan, tidak akan bergerak pokok tanpa ada angin yang menggoyangkannya. Begitu juga soal itu, tidak akan bos marah sesuka hati jika kau melakukan perkara yang tidak membuatkannya marah. Maka, seharusnya kita perlu berbalik kepada diri sendiri atas setiap perkara yang berlaku itu. Samaada baik atau buruk.

Bila aku fikir semula segala apa yang berlaku beberapa waktu ini, ah, aku memang layak untuk semua itu. Baru aku faham apa itu masalah. Ada orang suka mengelak untuk mendapat masalah (macam aku juga). Semahunya dia akan berusaha untuk menutup segalanya demi untuk keselesaan diri. terutama perasaan. Face it. Cuba berdiri atas kemampuan diri sendiri, pasti kita akan rasa kemanisan itu.

Aku selalu berkata, berjuang atas apa keinginan diri. Selalu pepatah mengatakan, berjuang hingga ketitisan darah terakhir. Sebenarnya konsep ini ialah bagaimana kita di ajar untuk tidak berputus asa dengan apa yang kita lakukan. Orang yang kalah ialah orang yang menyerah kalah tanpa berjuang. Tetapi orang yang menang adalah mereka yang berjuang walaupun dia tahu dia akan kalah. 

Tidak kira soal apa pun. Sebenarnya apa yang kita perjuangkan bukan untuk mendapat pujian manusia , jauh lagi meminta simpati, akan tetapi perjuangan itu harus dilihat lebih tinggi daripada itu iaitu supaya Allah dapat melihat kesungguhan kita.

Soal segalanya kini aku serah kepada Allah. Aku hanya pelakon yang hanya ditugaskan untuk menjadi watak sebagai Adyshah dalam dunia ini, selebihnya aku hanya bergerak, berlakon, bernafas dan sebagainya telah di tetapkan oleh Allah, Pengarah yang Agung. Aku ada baca sebuah buku, penulis buku itu mengatakan bila hati kita memberontak, maka selagi itulah kita akan sentiasa diuji olehNya. Hidup tanpa keyakinan adalah sia-sia.

Sebab itu aku perlu bebaskan segalanya supaya aku tidak terbeban dengan keadaan lagi. Aku sudah tidak ingin untuk bari masalah kepada orang lain. Maaf, aku tidak dapat tidak untuk terus menulis soal hati, soal kehidupan dan soal kematangan. Mindaku hanya ke arah itu. Aku tidak perlukan pembaca, tetapi aku perlukan tempat untuk meluahkan. Dan ini adalah medium yang sesuai bagi aku.

Aku teringat kisah hati dulu. Aku juga mengkhianati orang lain. Rakan sendiri misalnya. Maka adalah tidak mustahil Tuhan ingin aku rasa apa rasa yang aku berikan kepada mereka. Happy atas kesedihan orang lain. Bukankah itu juga dikategorikan sebagai PADAN MUKA?

Dan hari ini aku faham semua itu. Menyesal tiada guna, maka berdoa saja yang mampu aku lakukan.

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian