Mar 18, 2012

Nikmat..

Daripada sahabat,

Nikmat yang Allah bagi kepada hambanya sangat tinggi nilainya. Sangat tidak terjangkau oleh fikiran manusia. Namun manusia itu yang selalu lalai untuk memikirkan segala nikmat yang diberikan. dan kadang juga mengkhianatinya.

Analoginya begini, seorang rakan telah disahkan menghidapi penyakit buah pinggang yang mana dia terpaksa untuk pergi ke hospital mendapatkan rawatan bagi penyakitnya itu. Setiap minggu dia terpaksa bersusah payah semata-mata untuk mendapat kesihatan yang baik.Dan menghabiskan masa dan wang yang banyak demi untuk menyembuhkan diri. Setelah beberapa bulan menerima rawatan, dengan bantuan Allah dia telah sembuh, walaupun tidak seperti dulu.

Setelah dia sembuh, dia mula berterima kasih kepada Doctor yang merawatnya. Dan bersyukur kepada  Doc itu kerana dapat menyelamatkannya. Namun, tahukah, sepatutnya tempat yang dia harus berterima kasih ialah kepada Allah. Kerana tanpa izin Allah, semua itu tidak terjadi. Allah boleh berikan kesihatan tanpa perlu memberikan bayaran pun. Dan analogi ini banyak berlaku dalam masyarakat kita (termasuklah juga aku he)

Jika ketika dia sakit, dia diberi pilihan samaada memilih harta kekayaan, wang pangkat darjah atau memilih kesihatan yang baik, nescaya dia akan memilih kesihatan yang baik. Hal ini kerana, tanpa kesihatan, harta kekayaan itu tidak akan bermakna. Kaya sebanyak mana pun, jika kesihatan tidak baik, pasti harta itu sia-sia.

Nikmat Allah kepada kita hanya akan kita hargai bila kita telah hampir kehilangannya. Kita hanya akan mengakui nikmat yang Allah beri kepada kita itu bila setelah kita hampir tidak memiliki, atau memang telah kehilangannya.

Berbalik kepada diri. Jangan persia-sia kan apa yang kita miliki hari ini kerana itu adalah mungkin nikmat yang Allah berikan kepada kita. Kalau ingin dikira nikmat Allah, nescaya jika digunakan air laut sebagai dakwat pasti tidak akan dapat menulis segala nikmat yang Allah berikan kepada makhluknya.

Jangan fikir nikmat yang jauh, fikirlah nikmat kesihatan diri. Buatlah perkara yang tidak sia-sia selagi sihat. InsyaAllah bila kita yakin kepada Allah, segala perkara pasti akan menjadi mudah. Pintu rezeki kita akan dibuka tanpa kita sedari.

Semoga kita menjadi insan yang diredhai Allah..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian