Mar 19, 2012

Tujuan,

Tujuan hidup manusia ini harus jelas. Apa yang kita lakukan segalanya memerlukan matlamat. Mereka yang berbuat sesuatu tanpa matlamat iaitu sekadar bersuka-suka adalah mereka yang bodoh. Ini kerana setiap yang kita lakukan harus berkepentingan. barulah ianya menjadi dan mendapat berkat.

Selalu pakar motibasi ke hape mengatakan, mereka yang tidak mempunyai matlamat hidup seperti seorang  yang sedang berlayar di tengah lautan tanpa tujuan. Kemana pergi hanya mengikut arah angin. Pendapat ini sebenarnya bertujuan ingin memberi paham kepada kita bahawa, perbuatan yang dilakukan tanpa niat adalah sia-sia. Macam kau pergi Shopping complex. Konon nak pergi beli kasut, tapi wallet kau tak bawa. Bodoh ke tak bodoh perbuatan tu?

Sebagai mereka yang adalah dalam komuniti akademik (seperti aku dan kamu-kamu ni), perkara ini haruslah dielakkan kerana ianya banyak mencorakkan jati diri. Mereka yang berilmu adalah mereka yang tahu menilai setiap perkara itu mempunyai tujuan. Jadi bila kita berilmu tapi tidak tahu matlamat hidup, atau seringkali melakukan perkara yang sia-sia, sebenarnya kita itu lebih teruk daripada mereka yang tiada ilmu.(kau tahu tapi kau buat)

Tadi ustaz cakap, manusia itu mesti mempunyai matlamat disetiap apa yang dilakukan. Ianya supaya diri akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Mereka yang lebih buruk daripada sebelumnya adalah mereka yang sangat RUGI. 

Analoginya mudah, bayangkan kita bangun pagi. kalau esok kita mempunyai tugasan, conferm kita akan bangun dengan awal segala. Tapi cuba lihat kita ketika cuti atau tidak mempunyai apa-apa keperluan, mesti akan memanjakan diri untuk tidak bangun awal. Begitu juga soal matlamat. Jika kita tidak mempunyai matlamat/tujuan maka hidup kita akan hanyut dengan keseronokkan sahaja.

Adakah berbaloi? lu pikir la sendiri..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian