Mar 20, 2012

Pendapat Bodoh!

Kau pernah dengar satu pendapat tak yang mengatakan kalau sebelum kahwin ni, kita harus dan mesti lakukan apa pun yang tidak boleh kita lakukan selepas kahwin???. samaada ingin curang ke, nak kacau anak dara orang lain ke, nak couple sampai sepuluh ke, dan pelbagai lagi misalnya.

Kononnya bila dah kahwin kelak hatta nak curang pun dah tak boleh  (Bodoh itu memang tak boleh, takda agama ka?) maka apa salahnya lakukan sebelum kahwin. Pernah? Aku selalu dan aku dulu pun pernah juga berpegang dengan prinsip ni (sebelum aku insap). Kawan aku juga selalu cakap pasal benda ni. 

Sebenarnya mereka yang memegang ayat-ayat atau prinsip begini adalah mereka yang sangat tidak faham apa itu  balasan Tuhan. Mungkin ada yang lupa, meh aku ingatkan. Selalu pepatah mengatakan buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Dalam hindu dipanggil Karma. Apapun panggilannya, segala perbuatan kita akan mencerminkan apa kita selepas ini.

Dosa kita didunia ni, kadang Allah bayar 'cash' dekat dunia, kadang dibayar di hari kemudian. Sebab itulah, ada mereka yang buat jahat, tapi masih murah rezeki, hidup lama dan sebagainya. 

Sepatutnya kau bersyukur bila Allah bagi kau 'cash' hukuman atas dosa yang kau pernah buat compare kau dibiarkan bermaharajalela melakukan onar bagai. Satu, kau akan sedar perbuatan kau itu salah, dua kau boleh bertaubat. Tapi bila kau buat salah tapi Allah tak usik langsung pun kau. kau sepatutnya takut. satu mungkin sebab Allah tak sayang kau, dua kau tidak akan sedar perbuatan kau itu salah (walaupun kau tahu) maka untuk kau berubah itu sangat susah sekali.

Berbalik kepada isu. mereka yang memegang prinsip tidak mengapa bercurang-curangan itu, adalah mereka yang akan cenderung melakukannya selepas kahwin. Percaya atau tidak itulah hakikatnya. Bila kau terbiasa melakukan sesuatu perkara, kau akan suka untuk lakukan, kau akan menjadi expert untuk melakukannya dan kau akan rasa seronok dan ingin lakukan lagi dan lagi. Kau jangan cakap, kau tak akan buat selepas itu bila kau dah terbiasa melakukannya.

Sebab itulah dalam islam mengatakan, benda yang buruk jangan dilakukan selalu, takut menjadi kebiasaan. Contohnya, melengah-lengahkan solat (aku kadang-kadang he).

Maka sebelum perbuatan buruk itu menjadi sebati dalam diri kamu, apa salahnya elakkan semampunya. jangan fikir benda yang kita selalu buat itu tidak akan dilakukan lagi. Kerana 'kebiasaan' itulah punca kita akan suka untuk terus melakukanya. Berbaliklah kepada diri bagaimana kita harus mentarbiahnya dan menjadi mereka yang tahu mana yang salah, dan mana yang betul. Tidak kira sebelum atau selepas kahwin. Kerana dosa itu tidak terbatas dengan perkara sebelum atau selepas.

Untuk lebih terkesan, kau harus faham falsafah "dunia ini umpama roda yang berputar". sekejap kau ada dibawah dan sekejap itu kau akan berada diatas. Tiada salah jika kita mendidik diri untuk menjadi baik, baik, dan lebih baik, sebelum kita memberikan komitment kepada satu fasa hidup yang lebih baik (Perkahwinan)

Tindakan yang salah, lahir daripada pemikiran yang tidak baik..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian