Mar 19, 2012

Last minute..,

Kamu tahu apa perkara yang paling terkesan kita lakukan masa belajar ni? emm buat kerja last minute. Haha. Kadang bila dah due date tiba, baru hidup jadi lintang pukang, sampai mungkin tak sedar segala apa yang berlaku. baru terkejar-kejar nak siapkan.

Tapi mungkin itu keseronokkan menjadi seorang pelajar. Mungkin esok-esok boleh aku cerita dengan anak -anak aku ke(supaya ikut jejak langkah bapaknya yang kacak ni), Cerita dengan anak murid aku ke pengalaman aku masa dok belajar ni. Tadi adalah beberapa benda yang aku perlu settlekan cepat. Tapi sekarang baru aku nak buat. (tadi? sebenarnya dari minggu lalu lagi)

Itupun setelah member aku tanya, aku punya borang segala dah settle ke belum. laa, aku terasa seperti dahi baru je kena lempang. Bayangkan aku tak minta lagi cop-cop segala untuk pengesahan borang. Lain lagi kena cari saksi segala untuk dokumen ni. (Untuk tajaan Master). Padan muka, sekarang baru nak terkejar kejar sana sini. Adyshah oh Adyshah..

Dulu aku ingat lagi, aku paling tak suka kerja last minute. Sebab, aku jenis yang tak boleh kena paksa sangat buat kerja. Nanti aku stress then buat kerja ala kadar je tak pun tak buat langsung. Sekarang, aku rasa aku dah buat plak benda yang aku tak suka. duhh.. Wake me up when september end lalalala (sambung nyanyi lagu Greenday). Tapi Alhamdulillah dah settle segala

Semoga berjalan lancar dan berjaya. Amin.

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian