Mar 30, 2012

Tipikal..,

Aku jadi tak jadi untuk sambung tidur. Mungkin ini hari terakhir disini. Ya, kerana itu, aku rasa, aku bisa bertahan sesaat lagi. Kering otak bila memikirkan bebanan apa lagi yang akan diberi hari ini. Kerja semalam masih lagi tidak siap. Hari ini pasti didatangi lagi beban. Seperti semalam. Sangat mengurangkan pengaliran darah untuk sampai ke otak.

Aku sudah cakap. Bila aku kata artikel yang last. Pasti ada lagi artikel second last, third last dan sebagainya.  Tipikal Adyshah. Mungkin, menulis tidak dapat dipisahkan daripada diri. bagai aur dengan tebing. bagai malam dengan siang. Otakku pasti memujuk manja hati. Akan memujuk manja juga tangan untuk terus menari bertunjangkan imaginasi geliga yang ada dikepala. Kadang, ia seperti rawatan 'kemoterapi' yang boleh merungkai sedikit kekalutan hati.

Maka. Jangan percaya kepada janji. Lebih-lebih lagi kepada manusia. Kerana hati itu dipegang oleh yang Esa. Kau rancanglah bagai nak gila. Kalau Dia memalingkan muka dengan rancangan itu. Sudah pasti,bersedialah menangis darah berulam naga. Kau kuat bila ada Dia. Bukan. Kau kuat bila membelakangi Dia. tahu?

Aku masih lagi begini. Kuat memikir waktu. kuat memikir depan yang tidak menentu. Yang kadang menongkah arus kerana ego diri. Yang tahan dengan cacian walaupun hati parah. Bagi aku, itu adalah Adyshah. lelaki yang tinggi cita. kacak dari sisi belakang. dan pentingkan fikiran orang lain lebih dari diri. (Mengarut).

Aku pek-king barang ala kadar. Aku sumbat masuk tanpa dilipat. Sungguh keseniaan itu ada. Aku hanya perlu keluar. Berhenti sekejap dan teruskan perjalanan. Aku aplikasi apa terkandung dalam 'tumaknina' dalam sembahyang. walau kepahaman itu sedikit. Tapi harus juga bagi ruang kepada diri. mempraktikkan itu dalam kehidupan.

Rakanku tanya semalam. Single lagi? Aku tidak mahu jawab. walau hati telah dimiliki. Soalan apakah basi ini? merencatkan perhubungan diri? wajarkah melihat suatu kondisi itu dengan keadaan single atau tidak? Sedangkan itu hanya ilusi yang memeritkan rasa. Mungkin. Aku mengaku, aku memerlukan mereka (perempuan), aku masih lagi melihat mereka adalah insan yang sexy, menarik, cantik, kau memang debomb! sungguh. Tapi itu hanya keinginan yang terbatas.

Aku harus ingat. Fitnah terbesar manusia ialah golongan ini. bukan ingin mencari musuh, untuk dijadi lawan pertengkaran. Tidak. Tapi itu kata-kata yang aku dengar daripada kekasih tuhan.

Bila kau berjaya, pasti mereka akan datang secara natural. Tanpa dipaksa. Tanpa dirayu. Tanpa diminta. Maka apa perlu segala itu.(walaupun aku juga masih melakukannya he). Ya, biar takdir menentukan. Kalau yang dah ada calon (aku misalnya), kau doa saja agar itu adalah yang terbaik. tidak mengapa tak berjumpa, yang penting hati itu tahu. Hati itu rasa. Biar ragu itu hilang. Biar setia itu kukuh.  Biar ikatan itu kuat, seteguh karang.Jangan itu kau jadikan itu alasan. Melihat yang lain nanti, akan menjadi buas semula.

Ingat, perlakuan kita sekarang, itulah kita kelak. Bagaimana kita sekarang, begitulah anak kita kelak. Bagaimana ibu kita dahulu, begitu juga kita sekarang. Inilah pusingan kitaran hidup. wallah'hualam..

Hujan masih lagi renyai dijendela. Pasti basah bila aku keluar. jadi, haruskah aku keluar lagi kalau tahu nasib yang akan aku alami? Kenapa tidak tunggu saja hujan itu redah? Biar tenang. Biar aman. Biar tidak basah.  Biar hujan itu puas membasahi bumi yang panas. Biar juga aku berehat sebentar. mencuci diri dengan menginsafi waktu.

Aku tinggal disini kerana bersebab, dan aku keluar juga kerana bersebab. Yang penting, sekembali nanti, setahun dua misalnya, aku akan lebih sedar, kamu akan lebih sedar, kita akan lebih sedar, bahawa upaya kita itu adalah terbatas. Sungguh.

Jika aku salah, maafkan. Jika mulut lancar berbicara yang tidak elok, maafkan. Jika tulisan menduga hati, maafkan. Jika diri ini selalu menjengkelkan, maafkan. Itu adalah sifat norma manusia. Tidak lepas dari kesilapan.Itu juga satu bukti. Aku ini manusia biasa, bukan malaikat, bukan ahli sufi apatah lagi ayah pin. Tidak, aku hanya seorang Adyshah yang menjengkelkan..,

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian