Mar 29, 2012

Last..,

I know you hear me, ya Rabb. 

Mungkin ini terakhir aku menulis disini. Esok adalah hari terakhir untuk pengakhiran sebuah penantian. Tiada apa  lagi yang tertinggal setelah sekian lama menanti sebuah harapan. Bagai seorang tua yang menanti hari terakhirnya disini. Sesal. Tiada terdaya untuk dilakukan selain menunggu saat jemputan.

Aku lihat bilik ini. semakin kosong. Hanya bunyi kipas yang mewarnai suasana. Kertas masih lagi bertaburan tanpa ada yang mengusik. Labah-labah semakin menunjukkan kemahiran menghias sudut sisi bilik dengan aneka bentuk sarang. Aku perhati. Sungguh suasana itu berubah terlalu cepat. Aku rimas, tapi aku biarkan.

Barang telah lama terkemas rapi didalam kotak. Tinggal menunggu masa diterbangkan. Lapang sedikit hati. Mungkin ini harus dipercepatkan. Biar diri tidak berkata lagi. Biar puas sampai terlena. Kerana dalam lena itulah satu penghormatan kepada diri. Inshallah..

Ketika tangan menari-menari di keyboard ini, hati tiba-tiba terasa lucu dengan keadaan. Sungguh, sangat indah perancanganNya. Lucu melihat keadaan diri yang hilang arah. Padahal, Dia hanya menjentik sedikit cuma. Para cerdik pandai selalu berkata, pengakhiran itu merupakan suatu permulaan.

Aku berhenti disini bukan kerana kalah, tapi hanya ingin melepaskan lelah. Sekejap.

And for you, ya aku akan pegang janji itu :)

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian