Mar 31, 2012

Soul..,

Duduk disini seakan dunia semakin asing bagiku. aku perhati keadaan. mereka sibuk melayan hal diri. Sepi dikeramaian riuk pikuk manusia. Sungguh keadaan ini janggal. Tapi aku bisa mengalaminya. Bingar tetapi sepi.

Aku cuba meraba dalam terang nion. mencari sisa lelah yang semakin malap. Payah. Semakin aku berlari, semakin sukar untuk menghindari. Sepi itu bukan pada suasana. Tapi, sepi itu pada hati yang merasa. Jangan lihat aku kesian. Jangan lihat aku lemah. Jangan lihat aku kepayahan. Kerana aku bukan itu. Semangatku tidak terukur dengan semua ini. Aku masih seorang pejuang. Menembak tanpa belas.

Tadi aku berbicara soal ilmu dengan ex-classmate, yang kini menjadi majikanku. Aku lihat kesungguhannya dalam menelaah ilmu. Kesungguhan dalam mencari idea. Dan aku terinspirasi dengannya. Aku cerita soal kepayahan yang aku alami. Bukan soal diri. Tapi soal ilmu. Dia memberikan buah pendapat sebagai seorang rakan, sebagai seorang yang lebih dulu memakan 'garam' disini. ya, bernilai.

Memilih samaada menukar tajuk penyelidikan atau terus berjuang menongkah arus boleh saja merontokkan uban. Aku tidak sangka jika ini yang aku perlu alami. Dulu syurga aku damba disini, kini ntahlah.  Aku sebenarnya tidak tahu apa ada harus aku lakukan lagi. Ah, aku semakin jengkel dengan keadaan. Jengkel kepada masa. Jengkel kepada tekanan. Masih adakah lagi kedamaian itu?

Jangan beralah dengan asa. Itu selalu mereka kata kepadaku. Tapi, semakin kerap ia diungkapkan, semakin itu aku tertekan dengan keadaan. Semakin itu aku lihat liku jalan. Semakin aku lihat lorong hadapan gelap membisu. Semakin aku terasa sumbang jalan yang aku ambil.

Aku masih ada semangat itu. Tidak pernah ia hilang dek kerana tekanan.

Cuma, aku perlu fikir samaada menambah masa disini atau menambah tekanan diri. Dan aku perlu bertanya kepadaNya. kerana Dia lagi mengetahui.

"i dont know of all the challenges u has
but He knows everything,
I hear your silence
He hears your plead,
I hear your laughter,
He sees your tears,
i see when u gives,
He sees what has been taken from you
i see your appearance,
He sees your soul,
I experience your faith,
He knew your doubts,
I far from you,
He so near than your veins and i believe He take good cares of you"
yeah Me!!

Thank you~

Goodbye~

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian