Mar 15, 2012

Perjuangan hati..,

Terlalu banyak nasihat yang aku terima. Sampai aku sendiri tidak tahu mana satu yang aku ingin ikutkan. Macam aku tak boleh handle segala beban ini. Aku tahu aku mampu sebab itu Allah bagi jalan keluar.

k.z kata jangan berhenti berjuang. kerana kalah itu pun sudah dikira menang. Ntah. aku pun sudah tidak pasti dengan diri sendiri. Aku cuma ingin kembali seperti dulu. Aku cuma ingin hilang segala beban ini. Sumpah. Aku sudah tidak ingin apa-apa. Cukup aku tenang.

Aku ingin kembali normal. dapat mengira bintang, dapat melihat awan, dapat mengira daun, dapat merasai angin, dapat merasai segalanya dengan baik. Mungkin ia harus pelan-pelan saja. tidak perlu terburu-buru. kerana perubahan itu perlukan waktu.

aku ingin cepat masa berlalu. Aku ingin pergi dari sini, ke hujung dunia yang mungkin tidak akan ada orang kenal. yang mungkin dapat aku lupakan segalanya. Beri aku waktu sedikit lagi untuk selesaikan segalanya. 

hati bila dipaksa tidak akan baik..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian