Mar 16, 2012

MENANG

Upaya manusia itu hanya terbatas,
Terbatas dengan perancangan yang Esa,
Jangan pernah membenci,
kerana itu sumber kehancuran,
Lepaskan segalanya,
Relakan hati dengan penuh sabar,
Umpama air sungai yang mengalir,
Tidak pernah jemu..
Bagaikan ombak yang menghempas pantai,
Walau sakit terasa, dia tetap setia menghempas dirinya,
Teringat kata 'mengaku kalah itu juga adalah kemenangan'
Mana mungkin aku tertewas..
Ujian ini terlalu berat, 
Tuhan, beri aku kesempatan..
Untuk aku buktikan segalanya,
Biar aku habiskan apa yang tersisa..
Jangan biar aku berputus asa dengan kehidupan..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian