Mar 16, 2012

damai..,

Ku pusing waktu dengan cermat,
ku telusuri segala corong kehidupan dulu,
ku buang ego untuk melihat segalanya
biar ada lagi manusia,
biar nanti boleh menggapai pelangi,
kosong..,
ku damai hati dengan melihat nyanyian petang
disebalik angin sepoi menampar diri,
kelu rasa,
aku hanya ingin terbang,
membelah awan,
menggapai bintang
sebagai persembahan hati kelak,
tapi,
mampukah aku bertahan?
aku ingin pengakhiran cerita dengan baik,
seperti layak filem ombak rindu,
aku tidak ingin berduka panjang,
kerana itu sia-sia,
ianya tidak akan melambangkan apa-apa..
Tuhan,
berikan aku kesempatan untuk kali ini,
tenangkan jiwaku,
berikan hatiku yang dulu,
yang mentah dan tidak tahu apa-apa..,
aku tidak ingin pengalaman ini..
biarlah orang lain rasa,
kerana,
ianya tidak lebih menjadikan aku seperti budak-budak..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian