Mar 15, 2012

Rasa kehilangan

Tadi masa aku tengah beli burger, aku sempat juga melihat buletin utama. Berita tv3 tu. Masa tu tengah ditayangkan seorang budak yang mati lemas, dekat area titiwangsa.

Bila aku lihat mak dia menangis, aku sedih. Aku faham rasa kehilangan yang dia rasa ketika itu. Bayangkan kau terpaksa terima bahawa orang yang kau sayang mati? Dulu aku pernah rasa, bila arwah akak aku meninggal. Sebulan lebih aku tak dapat terima. walaupun ketika itu aku masih muda.

Al fatihah, kepada arwah budak tu yang meninggal. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat didalam golongan orang yang beriman. Begitu juga arwah akak. Sungguh, sedih amat. Mungkin ini ujian yang terpaksa ditempuhi oleh emak arwah tu. Semoga sentiasa tabah.

Kepada para ibu yang mempunyai anak kecil. Tolong jaga anak anda sepanjang masa. Jangan biarkan mereka bermain bersendirian kerana mereka masih mentah untuk membezakan bahaya dan juga keseronokkan. Jangan sampai kita menyesali dikemudian hari. Lebih baik kita tegas daripada kita terpaksa menerima kehilangan orang yang kita sayang. Sungguh rasa itu sangat sukar untuk digambarkan..

Ps : Beringatlah sebelum terkena..,

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian