'langit tidak selalu cerah'
Aku selalu terlupa, tidak semua akan berlaku atas apa yang kita rancangkan. Kadang panas terik bagai matahari hanya sejengkal dari kepala, namun tanpa terduga, tiba-tiba hujan bertandang tanpa memberikan isyarat. ah, indahnya.
Itulah kesempurnaan perancangan Allah. Melangkaui batas pemikiran dan rancangan manusia. Sebab itu tiap apa yang berlaku, kita seharusnya melihatnya dengan hati bahawa itu adalah yang terbaik bukan dengan perasan (peringatan kepadaku juga).
Jangan menyesal, tapi bersyukurlah dengan pengalaman yang Dia berikan. Kerana hanya orang yang tidak tahu bersyukur adalah mereka yang kerap menyesal atas setiap perkara buruk yang berlaku keatas dirinya.
'It's not about the situation . It's about your reaction to the situation.'
Jangan kejar kesempurnaan dimata manusia semata-mata ingin dilihat sebagai seorang pejuang. Tetapi jadilah diri sendiri yang berbuat sesuatu kerana inginkan RedhaNya. Jangan jadikan orang lain sebagai alasan untuk kita mengejar kesempurnaan, tapi jadikan diri kita, dan kebahagian kita sebagai alasan dan permulaan untuk kita menjadi sempurna..
Kerana sempurna pada pandangan manusia tidak sama daripada apa Dia inginkan..
Selalu ingatkan diri bahawa proses yang berlaku dari dalam ke luar (IN-OUT) adalah proses yang tahan lama, berkualiti, ada ummpph, mantap dan sebagainya.
Aku ditarbiah untuk menjadi diri sendiri sejak dulu lagi. Pernah dengar kata-kata, 'akar yang kuat, akan menjadikan pokok menjadi mantap?'.Sama, aku pun tak pernah dengar hahaha.(sebab ayat aku yg cipta). Begitu juga diri manusia. Ustaz kazim selalu mengingatkan perubahan itu tidak semestinya berlaku secara formal..
Mungkin ada mereka yang sesuai dan ada juga yang tidak boleh berubah dengan perkara yang diambil secara melulu, kononnya 'tersedar'. Tapi secara faktanya, perkara sebeginilah yang hanya akan kekal untuk satu jangka masa yang singkat.
Sebenarnya apa yang penting ialah, bagaimana pendekatan yang kita ambil untuk menghadapinya. macam aku cakap tadi, bila timbul satu masalah, 'bukan situasi yang kita ambil kira, tetapi bagaimana untuk kita bertindakbalas dengan masalah itu'
Sesetengah orang, mementingkan kuantiti daripada kualiti dalam setiap tindakannya. Kalau dia belajar, dia ingin belajar sahaja tanpa menghiraukan yang lain. Kalau dia berdakwah, dia ingin berdakwah saja tanpa memikirkan perkara yang lain.
Walhal jika diikutkan, kualiti itu harus diutamakan.
Sebab itulah bila ada pendapat 'ingin dilihat baik dimata orang lain' semata-mata ingin mendapat redha Allah adalah salah. Kerana, islam mengajar untuk kita menjaga hubungan dengan Allah dan juga hubungan sesama manusia.
Kedua-dua hubungan ini tidak boleh diabaikan.
Tidak mengapa aku sakiti orang lain ketika aku berdakwah, yang penting aku mendapat redha Allah. Adakah Allah redha dengan kita jika kita bersengketa dengan orang lain? Cuba baca sirah Nabi, pernah tak baginda berbuat begitu?
Allah mengajar kita merendah diri, bukannya membangga diri bahawa kita akan mendapat pujian Allah..
Ustaz yang aku iikuti selalu berkata, jangan lihat akan perubahan yang drastik akan berlaku bila kita menasihati orang lain, kerana proses 'perubahan' itu memerlukan masa..Kita perlukan didikan dalaman bukan sekadar didikan luaran yang selalu menipu itu..
Perumpamaannya seperti orang yang mengaku mencintai Nabi, tetapi dalam sehari itu, hanya ketika dalam solat saja dia berselawat ke atas Nabi..
Adakah itu pengakuan jujur kita mencintai Nabi Muhammad saw? Tanya diri anda sendiri..,
Ps : Happy. sedih. Masalah. Jatuh cinta. Ah, dunia hampir sempurna..
Ps : Kejar D keatas he, bilang dia..
Ps : booo adyshah
No comments:
Post a Comment