Selalu pepatah mengatakan hargai sesuatu bila masih menjadi milik kita. Takut menyesal dikemudian hari. memang dah menjadi kebiasaan manusia, yang suka menyesal atas apa perkara pun.
Aku juga kadang berperangai begitu. Macam kalau aku pergi toilet nak mandi. Bila je sampai dekat dalam toilet, tiba-tiba rasa free, dan mula bermonolog, 'cuba tadi aku bawa baju yang nak basuh tu'. Lepas tu timbul penyesalan sebab masa dalam bilik aku rasa malas yang melampau-lampau.
Contoh yang aku bagi ni bukan kerana kehilangan, tapi contoh penyesalan perbuatan.
Kawanku dulu misalnya banyak yang menyesal kononnya ambil course study yang salah. Mengeluh sana sini. Setiap kali pasti ada saja yang tak kena dengan course study. Mungkin mereka tidak faham, sebenarnya Allah dan tentukan begitu jadinya.
Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara.
Ps : Ingin tenang harus perbanyakkan mengingat Dia..
No comments:
Post a Comment