Mar 3, 2012

Petanda..,

Hiasan saja

Kata orang, kalau kita sudah bertemu dengan jodoh kita, akan ada daya tarikan magnetic antara satu sama lain! Entahkan betul entahkan tidak. Tapi ayat tersebut selalu di gunakan pakai dalam kebanyakkan filem dan drama. 10 petanda berikut dari i luv islam.com. Artikel yang wajib berada dalam simpanan blog setiap orang!


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :


1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

Sumber : Daripada Blog GreenAppleku (Baca 8 tanda lain dblog ni)

*******
Ps : Redhakan lah apa yang Allah tetapkan..

Ps : Mood membaca blog orang lain dan share..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian