Mar 17, 2012

Aku mulai selesa dengan keadaan ini. Tuhan telah mendengar permintaan hati. Aku banyak menyibukkan hati dengan memikirkan soal hidup yang lebih penting. Walaupun tak banyak, tapi ia menampakkan hasil yang postif. Alhamdulillah.

Rakan tadi mengadu dengan aku soal cinta. Aku rasa terperli dan tergelak dalam hati. Aku sudah tidak layak untuk memberikan kata semangat atau memberikan idea sebaik dulu. Aku juga gagal untuk semua itu. maka tidak wajar untuk aku memberikan sebuah nasihat untuk merungkaikan permasalahan rasa. Aku kata, banyakkan berdoa, mengadu dengan Allah. Kerana dia yang menentukan segalanya.

Tidak guna kalau kita kata teramat sayang jika Allah tidak menginginkannya terjadi. jangan sia-siakan masa. Jangan seksa diri kerana kelak baru tahu tinggi langit itu bagaimana. Aku tiada upaya untuk mendendangkan lagi kisah kasih yang telus kerena, itu tiada dalam dunia nyata. Sungguh.

Aku cuma mampu kata, pandanglah hati kamu, jangan pandang hati mereka. Kerana yang akan merasa sakit adalah kamu. Jangan difikir untuk kebaikkan orang lain yang teramat sangat, tapi bagi diri untuk ruang juga dalam menentukan rasa hati itu. Jangan beri kepercayaan penuh kerana itu punca kau akan derita kelak.

Sekarang aku malas nak nasihat suruh berbaik atau tidak dengan kekasih hatinya. Aku percaya, itu biar tuhan yang tentukan. Apa yang perlu selamatkan diri terlebih dahulu. Kamu harus pentingkan diri sendiri dalam soal ini, kerana ia terlalu sakit untuk dirasai. Soal cinta manusia, apa yang paling penting ialah'sayang'. kalau sudah tiada rasa itu, jangan dipaksa, kerana ia tidak akan mungkin jadi lebih baik.

Soal orang mengata itu. Emm, kau harus terima semua itu sebagai satu cabaran. Kerana mulut manusia ini sukar untuk ditutup. Jangan cepat melatah kerana bila kau terusik, mereka akan semakin suka. Bersabar dan dan terus bersabar. "If people talk behind my back, what does that mean? Simple; It means i am two steps ahead of them."(Notebook Love) So jalan terbaik adalah bersabar.

Kalau diikutkan, ikut kata mak adalah terbaik. Kalau masih tak berpuas hati dengan pendapat mereka soal hati, soal cinta, soal kahwin masa belajar

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian