Mar 17, 2012

Cukup..,

Mereka kata aku tidak faham,
Mereka kata aku jahat,
Mereka kata segalanya merupakan atas diri aku,
Mereka kata aku terlalu mendesak,
Sebenarnya itu hanya, ah cukup untuk itu..
Cukup,
Cukup melihat arah dari lain,
Lihat,
Adakah sakit ini tidak memadai lagi?
Cukup semua ini,
Adakah belum memuaskan lagi?
Berhenti melihat dari arah lain,
Kerana sisi itu sentiasa berbeza,
Cukup,
Ianya tidak akan kembali lagi,
Berhenti melihat matahari itu bahang membakar,
Kerana tanpanya kita tidak mampu bernafas,
Cukup,
Matikan hati,
Lihat apakah yang diri lakukan selama ini,
Adakah itu sudah mencukupi?
Atau sekadar lesu mata memandang,
Cukup,
Rasa itu sudah mati,
Ia telah pergi ntah kemana,
Cukup,
Aku menulis disini hanya untuk beri janji kepada hati,
Supaya tidak merajuk terlalu panjang,
Supaya berhenti melihat kebelakang,
Dan ini bukan untuk tarik simpati,
Cukup dengan rasa ini..
Jangan kata itu atas kepentinganku,
Tapi lihat diri sendiri,
Kerana aku tidak perlukan simpati basi..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian