Mar 18, 2012

Belajar untuk mengawal keadaan..,

Aku mulai selesa dengan keadaan ini. Tuhan telah mendengar permintaanku. Aku kini banyak menyibukkan hati dengan memikirkan soal hidup yang lebih penting. Walaupun tak banyak, tapi ia menampakkan hasil yang postif. Alhamdulillah.

Rakan tadi mengadu dengan aku soal cinta. Aku rasa terperli dan tergelak dalam hati. Aku sudah tidak layak untuk memberikan kata semangat atau memberikan idea sebaik dulu berkaitan soal cinta. Aku juga gagal untuk semua itu. maka tidak wajar untuk aku memberikan sebuah nasihat untuk merungkaikan permasalahan rasa. Aku kata, banyakkan berdoa, mengadu dengan Allah. Kerana dia yang menentukan segalanya.

Tidak guna kalau kita kata teramat sayang jika Allah tidak menginginkannya terjadi. jangan sia-siakan masa. Jangan seksa diri sekarang kerana kelak baru tahu tinggi langit itu bagaimana. Aku tiada upaya untuk mendendangkan lagi kisah kasih yang telus kerana, semua itu tiada dalam dunia nyata. Sungguh. Jangan terpengaruh dengan propaganda media massa.

Aku cuma mampu kata, pandanglah hati kamu, jangan pandang hati mereka. Kerana yang akan merasa sakit adalah kamu. Jangan difikir untuk kebaikkan orang lain yang teramat sangat, tapi bagi diri untuk ruang juga dalam menentukan rasa hati itu. Jangan beri kepercayaan penuh, kerana itu punca kau akan derita kelak. Jangan diturut kemahuan orang lain selalu, tetapi lihat kemahuan diri.

Sekarang aku malas nak nasihat suruh berbaik atau tidak dengan kekasih hatinya. Aku percaya, itu biar tuhan yang tentukan. Apa yang perlu diselamatkan ialah, diri terlebih dahulu. Kamu harus pentingkan diri sendiri dalam soal ini, kerana ia terlalu sakit untuk dirasai. Soal cinta manusia, apa yang paling penting ialah'sayang'. kalau sudah tiada rasa itu, jangan dipaksa, kerana ia tidak akan mungkin jadi lebih baik.

Soal orang mengata itu. Emm, kau harus terima semua itu sebagai satu cabaran. Kerana mulut manusia ini sukar untuk ditutup. Jangan cepat melatah kerana bila kau terusik, mereka akan semakin suka mengusik. Bersabar dan dan terus bersabar. "If people talk behind my back, what does that mean? Simple; It means i am two steps ahead of them."(Notebook Love) So jalan terbaik adalah bersabar.

Kalau diikutkan, ikut kata mak adalah terbaik. Kalau masih tak berpuas hati dengan pendapat mereka soal hati, soal cinta, soal kahwin masa belajar, bincanglah sebaik mungkin. Jangan diabaikan pendapat mereka yang lebih mengetahui kerana nanti menyesal dikemudian hari. Ntahlah.

Soal hati ini rumit. Jangan percaya sangat dengannya, kerana terlalu banyak dusta yang mungkin kita tidak sedari. Berhati-hati sebelum terlambat kerana kamu adalah penentu samaada kamu mahu happy atau makan hati berulam jantung pada masa akan datang. Bersabarlah dah bertawakal selalu. Aku mungkin tersilap, dan kesilapan yang aku lakukan sebolehnya aku tidak ingin orang lain ikuti.

Kepada rakan, aku selalu mendoakan kebahagian untuk mu. Jangan ikut pandangan orang lain atau nasihat orang lain sangat hingga mengabaikan diri sendiri. Kerana yang akan merasa sakit segala bukan mereka tetapi diri sendiri. Dengar hati kata apa, baru lihat kata orang lain. Doa doa dan doa selalu. Jangan cakap doa tapi tak buat, kerana mereka yang hanya ingin dilihat baik tanpa tindakan susulan  itu adalah  selemah-lemah manusia.

Suka aku nasihatkan, jika hati kata suka, maka berjuang sehabis mungkin. Tapi jika hati telah mengalah, bersabarlah. Mungkin itu adalah jalan terbaik untuk kamu.

Ps : Aku rasa aku kena sambung belajar dalam bidang kaunseling kelak.. : )

Ps : Banyakkan mengadu kepada yang berhak..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian