Feb 22, 2012

Tikus..,

1. Tadi aku beli tikus di Mines. Eh silap tetikus atau dalam bahasa internasionalnya 'mouse'. Kau tahu, mouse yang aku pakai sebelum ni tak sampai beberapa bulan guna, dah selalu tak boleh skroll. lepas tu selalu disconnect.

2. Geram tahu! Cukup aku bersabar beberapa minggu ni. Aku nekad. Dapat je duit gaji sehari aku kerja hari tu, aku beli 'mouse' wayerless. Harga dia 2 kali ganda dengan 'mouse' yang selalu aku beli. Maka tidak juga terlalu mahal.

3. Jika dibandingkan dengan jangka hayatnya, maka adalah berbaloi aku beli jenis yang tak ada wayer ni.

4. Maka sekarang aku boleh berlagak. Tengah baring pun boleh gerak-gerakkan mouse. Tiada lagi masalah wayer terbelit, tiada lagi masalah bunyi diskonek, tiada lagi masalah pergerakkan.

p/s aku beli bukan sebab kehendak tapi keperluan..,

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian