Feb 21, 2012

Misteri hidup..,

1. Hari tu bapak aku berhajat untuk mengirimkan makanan kegemaranku barang sebungkus dua kesini. Biasa anak kesayangan. Masa tu puas aku pujuk suruh jangan susahkan diri, tapi bapak aku punya hati seteguh karang. ok tipu.Aku tak pujuk pun, hati berbunga-bunga adalah..

2. Lepas tu dipendekkan cerita barang tu sampai tapi tersalah kolej. Ini semua salah akak aku tulis kolej 6 padahal aku tulis kolej 16. Maka aku terpaksa meredah laut yang bergelora, menggapai hajat untuk memiliki bungkusan tersebut. Padah bila tulis salah, nasib baik selamat juga sampai, kalau tak, menelan air liru basi gamaknya. ok habis cerita bungkusan ini.

3. Sekarang facebook menjadi medan untuk menonjolkan diri. Heran. Kau tak percaya cuba kau buat survey. Kau perati segala status yang naik daripada rakan-rakan kamu. Kalau takda, sah hypothesis aku salah. hahaha. Tapi aku ada nampak sedikit aktibiti tak bermoral itu.

4. Konon nak meluah difacebook, padahal dia sebenarnya tengah meninggi diri.(eh ini mengumpat ke? duhh, kang budak alim baca kompem 'kene' lah aku) Tah siyes aku cakap. kadang rasa nak lempang.

5. Aku kalau dekat facebook tu, aku just nak happy go lucky je. Bukannya nak mencapap. Kalau ye aku share quote tu, itu just untuk peringatan kepada aku. Ye la, aku tak tahu nak naikkan status hape macam orang lain. Sebenarnya aku suka baca page je dekat facebook tu. Kang aku naikkan pasal politik ada pula yang serang.

p/s : tadi kotak bungkusan yang bapak aku kirim tu penuh dengan tulisan adik aku dan akak aku sabotaj. huh bikin malu je..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian