Feb 21, 2012

bersabarlah..,

1. Tadi aku sakit perut. kau tahu juga macam mana sakit perut. Rasa memulas lepas tu rasa nak tercirit. Tapi bila kau pergi ke jamban, kau hanya mencangkung dengan sia-sia. Tiada penghasilan. Bila kau balik bilik, rasa sakit itu datang lagi, lepas tu kau pergi jamban, kau mencangkung dengan sia-sia lagi. Juga tiada penghasilan.

2. Itu adalah sakit maha zalim. Macam chipmore, sekejap ada sekejap tak ada. 

3. Bila kau tanya rakan yang alim, kompem dia akan cakap 'itu ujian Allah, bersabarlah'. Tadi bagus-bagus perut je sakit, sekarang hati pun jadi sakit juga. Sepatutnya, kau suruh dulu usaha minum panadol ke, pil cikitikon tu ke, atau minum jamu ke, minum rempah ratus ke untuk redahkan sakit perut. Lepas tu barulah suruh banyakkan bersabar dengan ujian Allah.

4. Itu konsep tawakal. Ini, kita dah tahan sakit nak tercirit, suruh bersabar pula. Bagilah kata-kata perangsang ke, bagi tarian pom pom ke dulu atau bagi kata-kata semangat ke dulu sbelum 'pancung' dengan ayat 'bersabarlah, itu ujian Allah'.

5. Aku dah sakit gini, aku buat penyiasatan, kenapa aku boleh sakit perut? check punya check, la aku minum air nescafe semalam. hahaha.. Yela, semalam, balik dari jamban aku buat air nescafe. Lepas tu, tak sempat aku minum, aku dah terlena..So bangun pagi je aku terus hirup, takut kempunan kononnya (padahal terlupa).

p/s : tu baru tuhan nak jentik sikit..insaf aku

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian