1. Ada pepatah mengatakan bahawa, adalah normal untuk jatuh cinta, suka, sayang, tertarik, terpegun, persona kepada orang lain. Ini sebenarnya adalah game dalam hati. Kau nafikan, tapi kau tak boleh menipunya.
2. Soal hati adalah satu perkara yang rumit. Kadangkala boleh mengalahkan kerumitan soalan matematik. Kau alim tang mana pun kau tetap akan ada perasaan sayang kepada orang lain. Sungguh. Kalau kau setaraf malaikat, ada kemungkinanlah kau tak ada perasaan itu. Jika tidak, maka Kau hanya boleh elak, tapi kau tak boleh nafikan didalam hati.
3. Proses jatuh cinta, suka dan sayang adalah proses yang sangat mudah dan sangat cepat berlaku. Tapi untuk bertahan lama itu adalah proses yang agak payah.
4. Ada orang, bila dah berpunya,(tak kiralah dah berkahwin ke atau masih couple) dia dah mula abaikan segala benda yang sangat penting dalam me'maintain'kan hubungan. Bagi dia, memiliki itu sudah cukup dengan sekadar lafaz janji atau ikatan perkahwinan sahaja. Itu adalah pendapat yang salah!! Dia sebenarnya mengabaikan satu perkara yang lebih penting lagi iaitu bagaimana untuk mengekalkan perasaan cinta, suka dan sayang itu. (macam aku cakap tadi, untuk jatuh cinta itu amat mudah berbanding untuk mengekekalkannya)
5. Sebab itulah pakar motibasi selalu mengingatkan, pentingnya untuk mengekalkan level romantik dalam perhubungan suami isteri atau apa pun. Contoh, jalan berpegang tangan, suap menyuap dan sebagainya. Macam ustaz kazim pernah cakap dalam kuliahnya, masa drive tu, sentuhlah tangan pasangan. Gilak kau, macam blog terfaktab rasa. Tapi ini adalah proses bagaimana perasaan itu boleh kekal lama. (telah di akui oleh banyak pihak)
6. Begitu juga halnya kepada hubungan kepada rakan, bakal suami/isteri dan sebagainya. Sebab itu selalu timbul isu curang. Bila diselidiki, pasti mereka akan mengatakan bahawa pasangan tidak memberi sepenuh perhatian, bersikap kau kau, aku aku dan hilang sifat humor atau romantik bagai.
7. Maka bila berlaku kes curang mencurang, sepatutnya kau check diri sendiri dahulu sebelum kau serang orang lain. (laa ni, siap serang panggil geng segala). Padahal kalau nak diikutkan dia juga yang salah. Yela, dok tak layan nak buat hape? dok serabai gila babi nak buat hape? dah selalu ignore buat hape? Cuba kekalkan momentum keserasian itu.
8. Sebab itu juga dalam islam, bila ada berlaku perkara yang tidak baik, kita diwajibkan muhasabah diri dulu. Soal diri, apa yang telah kita buat, apa yang kita sakiti. jangan fikir diri terlalu baik hingga kita letakkan segala masalah dan punca kepada bahu orang lain.
9. Nasib baik aku dah janji dengan 'makcik' tak mencarut bagai.
p/s langit tak selalu cerah..,
No comments:
Post a Comment