Feb 2, 2012

Terima kasih..,

1. Tadi aku mengelabah gila babi. Siyes aku cakap. Aku sekarang tengah melepak dekat library, menyiapkan kerja yang tak siap-siap lagi ni. Semat. Lepas dah 30minit duduk dalam library ni, aku tiba-tiba perasan yang ada document tertinggal dekat bilik..

2. Kalau takde document tu, bagaimana mungkin aku akan menyiapkan kerja ini. Seperti kau di suruh pergi ke majlis perkahwinan, tetapi kau tidak diberi alamat rumah. so,  aku ambil keputusan yang berat untuk balik saja ke bilik. Jauh gila. Itu kecuaian yang pertama.

3. Lepas tu, aku cadang nak kunci laptop aku ni sebab lama aku tinggalkan. Biasanya kalau setakat pergi solat, aku biarkan je laptop dekat atas meja library. Semua orang juga buat begitu. Semua yakin bahawa yang datang ke library ini bukan bertujuan untuk mencuri, tapi untuk menelaah. Tapi kemungkinan yang lain ada juga.

4. Dipendekkan cerita, aku baru perasan kunci aku hilang. Aku dah mengelabah. Kalau hilang kunci, bererti banyak kerja yang aku perlu buat lagi. Macam setam.

5. Aku dah turun naik dekat library ni, dalam hati menyumpah diri sendiri yang sangat cuai. Padahal dah berkali-kali dah terkena, dulu sampai rakanku sorok motorsikal lagi. Masih juga tercicir. Masa aku jenguk motorsikal masih ada, alhamdulillah, dan  aku perasan di motorsikalku ada nota ditinggalkan

Hi, you left something. Kindly contact me at 012 *******

6. Alhamdulillah, ada juga yang baik simpankan kunci aku itu. Kesimpulannya, aku dapat semula kunci tu dan aku berasa gembira semula. Senyumku lebar ke pipi dan aku ucapkan terima kasih kepada si baik hati itu. Happy ending story.

Moral: jangan cuai, nasib tidak selalu baik..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian