1. Kadang orang bercinta ni pantang di usik. Bukan sekadar 'kadang' tetapi telah menjadi lumrah. Seperti seekor harimau yang diganggu anaknya,silap haribulan kena telan hidup-hidup. Kalau pakar cinta mengatakan mereka yang bercinta ini berada dalam mimpi yang indah-indah belaka, maka hari ini aku tambah satu lagi iaitu mereka pantang diusik.
2. Aku sudah terkena tadi. Awek member aku bagi mesej di akaun facebook. Mesej yang berupa fitnah, ancaman dan berbaur cemburu telah diberikan kepadaku. Aku macam biasa rilek dengan benda sebegini. Ini hal budak-budak, sebab kalau orang dewasa dia tidak akan buat perkara yang memalukan ini.
3. Seperti member aku pernah kata, ini gaya budak-budak baru nak naik. Cerita bermula begini. Semalam aku ada mengusik rakan sekelasku (lelaki) dengan rakan sekelasku (perempuan). Saja nak bergurau senda dilaman facebook. Aku saja nak usik mereka berdua ni walaupun aku tahu dua-dua telah berpunya. Adat perjumpaanlah selalunya dimulai dengan usik mengusik, kan?
4. Tapi rupanya pantang diusik mereka yang tengah bercinta ni. Aku usik yang lain,yang tak berkenaan pula terasa. Nah amekk, baru tadi aku terima surat amaran yang menyuruh aku jangan bergurau senda dengan rakan aku sendiri. what the heck? Itu member aku, takkan kau nak larang-larang?helo??! Betul kata pepatah, cemburu itu buta..
5. Mungkin salah aku juga kerana tidak memikirin kalau member lelaki aku itu mempunyai seorang girlfriend yang sangat .******** , you know..Dan mungkin joking itu telah disalah ertikan kepada maksud penghinaan kepada dirinya itu. Aku khilaf lagi..
6. Tapi jujur, aku sebenarnya sekadar ingin bergurau senda dan aku tak terfikir pun untuk menjatuhkan hubungan sesiapa..rasa pondan pula tulis soal begini. Sebagai nasihatku kepada kamu yang mungkin pentaksub cinta, kalau kamu ada mempunyai apa-apa masalah atau kekeliruan, please berbincang dahulu sesama sendiri sebelum kamu mencari salah orang lain.
7. Dan aku orangnya begini, kalau kau warning aku jangan buat itu dan ini, maka sebenarnya kau itu telah mencabar aku untuk berbuat sedemikian. Maka warning itu tidak lain sebagai pembakar semangat sahaja untuk aku meneruskannya. Sebagai kesimpulan, jangan tunjuk perasaan melulu kepada orang lain kerana mereka itu juga punya perasaan dan ego.
Moral: Jangan menelanjangkan diri sendiri..,
No comments:
Post a Comment