1. Aku perasan sejak akhir-akhir ini ramai yang berperangai bongkak tanpa sedar. Pelik kan bongkak tanpa sedar?Istilah bongkak tanpa sedar ini digunapakai untuk menggambarkan satu keadaan dimana kita membanggakan diri tanpa kita sedari (kamus uganda).
2. Fenomena ini sebenarnya telah menular di laman maya facebook. Samaada mereka sedar ataupun tidak, itu aku tidak pasti Aku beranggapan mungkin mereka tidak sedar bahawa perbuatan mereka itu adalah negatif.
3. Aku kurang senang bila ada sesetengah rakanku yang dok kempen dekat status dia yang dia tengah nak jadi jutawanlah, dia nak kahwen dengan anak soltanlah, dia nak beli kereta ferrari barang sebiji dualah, dia dilantik menjadi perdana menteri zimbabwelah, nak kahwen dengan neelofalah dan ini pada aku adalah kenyataan yang sangat riak dan menjengkelkan. Walhal benda tu baru dalam peringkat planning diminda sahaja.
4. Aku pun tidak tahu, apakah motif mereka menaikkan status contohnya begini, "ish tak tahulah nak pilih, nak beli henpon apple ke nak beli samsung galaxy, bajet rm3000 jew" Aku kenpius, adakah disebabkan mereka itu benar-benar tidak tahu memilih, atau sesaja nak bagitau yang dia boleh beli 2 henpon mahal yang didambakan ramai orang atau dia sebenarnya nak bagitau yang dia itu sebenarnya bodoh. Kerana dia tengah memilih dua barang yang dua-duanya adalah power, gahh dan mempunyai tahap keupayaan yang hampir sama. Bingung bukan?
5. Contoh lagi 'ala gaji aku RM4000 je, tak banyak pun"
6. Please jangan bersikap kebudak-budakkan kerana orang lain yang melihat berasa sangat menyampah bukannya kagum gila babi. Tak.Tak percaya, cuba kau buat status meninggikan diri sendiri, tengok apa yang jadi. Apa orang lain komen dekat status ko. Kita hidup ini harus bersederhana. Kan Nabi juga telah berpesan, harus bersederhana dalam setiap perkara, mengapa tidak diikut saja?
7. Jangan memperbodohkan diri sendiri dengan perkara yang sia-sia. Tidak berguna. Orang lagi suka mereka yang bersederhana daripada mereka yang hu ha, hu ha, tetapi tin kosong. Jangan ingin dilihat perfect dimata orang lain, tapi tidak di hati mereka.
8. Apatah lagi soal yang menyentuh ibadah yang dilakukan. Jangan kamu mensia-siakan pahala kebaikkan yang kamu kerjakan itu. Mudah untuk kau mendapat pahala begitu juga mudah pahala kau hilang dengan sia-sia. Kenapa? kerana keikhlasan amat diperlukan dalam kita mengejar keredhaan Allah..
Rasulullah SAW pernah mengakui bahawa sederhana dalam segala aspek itu adalah dituntut seperti sabda Baginda bermaksud: “Sebaik-baik perkara adalah tengah-tengahnya (sederhana).” (Hadis riwayat Baihaqi)
Moral: Berhati-hati dengan fenomena bongkak tanpa sedar ini,
No comments:
Post a Comment