Feb 3, 2012

Hidup harus ada arah..,

1. Pakar motibasi selalu mengatakan bahawa sebagai manusia yang berakal, kita harus mempunyai matlamat hidup sebagai panduan arah tuju. Contohnya, kalau team bola sepak, mereka haruslah mempunyai matlamat untuk menang dalam perlawanan yang mereka hadapi. Itu sebagai satu pasukan. Matlamat individu pula ialah masing-masing ingin bermain dengan baik dan mampu menjaringkan gol kemenangan kepada team.

2. Begitu juga perkara yang berlaku kepada diri manusia dalam kehidupan seharian. Kalau kau memasak, kau mesti bersungguh-sungguh untuk menyediakan masakan enak yang berkrim disukai ramai. Tidak ada yang masak untuk dikutuk kerana masakan seperti tahi. Jika kau bintang filem, kau bersungguh-sungguh untuk menjadi pelakon yang paling mantap seperti Jalaludin Hassan atau pun Rosyam Nor.

3. Matlamat merupakan satu panduan kepada kita untuk berubah dari satu stage, ke stage yang lebih baik. Daripada kosong kepada 2, 3 dan seterusnya. Analoginya mudah, seperti seorang yang berlayar tanpa arah dan tujuan. Maka kau akan sesat dan tidak tahu arah untuk ditujui walaupun kau mungkin seorang nakhodah yang sangat terer seperti panglima awang hitam.

4.Aku sebenarnya ingin mengucapkan tahniah kepada Bintang bola sepak kita Safee Sali yang berjaya mendapat kontrak yang mahal dan pelbagai kemudahan lain lagi. Aku percaya dia memang layak menerima rezeki tersebut atas kapasitinya dan kebolehannya dalam permainan bola sepak.

5. Matlamat diri kita, cukup memadai kalau hanya kita yang tahu. Tidak perlu dihebohkan. Oleh kerana matlamat merupakan satu tujuan yang kita ingin capai, maka seharusnya kita bekerja untuk merialisasikannya. bukan menggembar-gemburkannya. Tidak usah untuk mengheboh segalabagai kerana ianya baru sekadar fantasi. 

Moral: berusaha dengan keyakinan kepada bantuan Allah.

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian