1. Lelaki penuh dengan tanggungjawab. Bukan ingin menidakkan tanggungjawab wanita. Tetapi itulah hakikatnya. Sebagai khalifah dibumi yang kini keuzuran dek perbuatan manusia yang rakus memanipulasinya.
2. Selain daripada tanggungjawab kepada dirinya, seorang lelaki juga bertanggungjawab kepada mereka disekelilingnya. Mahu atau tidak itulah yang perlu dilakukan oleh seorang lelaki. Paling penting ialah tanggungjawab kepada ibu bapa. Lelaki tidak seperti wanita, tanggungjawab mereka masih ada walaupun telah berkahwin nanti.
3. Kelak ibu bapa kalian telah tua, siapa yang kamu harapkan menjaga mereka kalau bukan kalian sendiri? Atau kamu ingin memanfaatkan sepenuhnya rumah-rumah orang tua yang ada? Betapa jijiknya perbuatan sedemikian? Anak-anak merupakan sumber pahala ibu bapa (ustaz kazim) maka begitu juga halnya ibu bapa merupakan sumber pahala kepada anak-anaknya.
4. Berapa ramai diantara kita yang akan menelefon atau memberikan mesej kepada ibu bapa bila berjauhan? Berapa ramai yang mengingati orang yang melahirkan, menjaga dan mendidik kita itu? Berapa ramai antara kita yang mendoakan kesejahteraan mereka disetiap kali kita sujud kepada sang pencipta?
5. Selepas itu tanggungjawab kepada isteri. Jaga, didik, belai, dan segalabagai perkara yang perlu kita jaga sebagai seorang ketua keluarga. Menyediakan kemudahan dan sebagainya.
6. Kepada anak-anak. Buruknya kelakuan anak kita adalah berdasarkan acuan yang berikan, atas didikan yang kita berikan samaada sempurna ataupun tidak. Adakah kita akan menjadi orang yang jahil bilamana anak rosak, kita salahkan orang lain, kita salahkan kerajaan dan sebagainya. walhal kita sebagai ibu bapa sebenarnya telah gagal menjadi pemimpin kepada keluarga sendiri.
7. Adakah anak-anak kita akan berani keluar malam kalau kita sebagai ibubapa mendidiknya supaya menjaga batas-batas agama sejak kecil lagi? Kita suburkan dijiwanya sayang kepada islam dan hormat ibubapa, adakah mereka nanti kelak akan gagal sebagai manusia?
No comments:
Post a Comment