1. Kita sedia maklum, lelaki penuh dengan tanggungjawab. Bukan ingin menidakkan tanggungjawab wanita itu .Tidak. Tetapi itulah hakikatnya. Lelaki dicipta adalah sebagai khalifah dibumi yang kini keuzuran dan seterusnya sebagai penggerak agama Allah.
2. Selain daripada bertanggungjawab kepada dirinya, seorang lelaki juga bertanggungjawab kepada mereka yang berada disekelilingnya. Mahu atau tidak, itulah yang perlu dilakukan oleh seorang lelaki. Paling penting ialah tanggungjawab kepada ibu bapa. Lelaki tidak seperti wanita, tanggungjawab mereka still wajib kepada ibubapa walaupun mereka telah berkahwin.
3. Kelak ibu bapa kamu telah tua, siapa yang kamu harapkan untuk menjaga mereka kalau bukan diri sendiri? Atau kamu ingin memanfaatkan sepenuhnya rumah-rumah orang tua yang ada itu? Betapa jijiknya perbuatan sedemikian? Anak-anak merupakan sumber pahala ibu bapa (ustaz kazim) maka begitu juga halnya ibu bapa merupakan sumber pahala kepada anak-anaknya. Nahhh.. kenapa tidak kejar saja pahala percuma ini?
4. Berapa ramai diantara kita yang akan menelefon atau memberikan mesej kepada mereka bila berjauhan? Berapa ramai yang akan mengingati orang yang melahirkan, menjaga dan mendidik kita itu bila kita dalam kepayahan atau kegembiraan. Atau hanya menghubungi mereka bila telah kehabisan wang?
Adakah kamu bertanya tentang kesihatannya setiap hari sebagaimana kamu bertanyakan soal itu kepada orang lain? dan Berapa ramai antara kita yang mendoakan kesejahteraan mereka disetiap kali kita sujud kepada sang pencipta? Memohon mereka dilindungi dan diberkati?
Adakah kamu bertanya tentang kesihatannya setiap hari sebagaimana kamu bertanyakan soal itu kepada orang lain? dan Berapa ramai antara kita yang mendoakan kesejahteraan mereka disetiap kali kita sujud kepada sang pencipta? Memohon mereka dilindungi dan diberkati?
5. Selepas itu tanggungjawab kepada isteri. Jaga dia, didik dia, belai dia, dan segalabagai perkara yang perlu kita jaga sebagai seorang ketua keluarga. Menyediakan kemudahan dan sebagainya.banyak tu perkara kalian perlu lakukan..
6. Kepada anak-anak. Buruknya kelakuan anak kita adalah berdasarkan acuan yang kita berikan, atas didikan yang kita berikan samaada sempurna ataupun tidak. Adakah kita akan menjadi seorang yang jahil?iaitu bilamana anak rosak, kita salahkan orang lain, kita salahkan kerajaan dan sebagainya. walhal kita sebagai ibu bapa sebenarnya yang telah gagal menjadi pemimpin kepada keluarga sendiri.
7. Adakah anak-anak kita akan berani keluar malam kalau kita sebagai ibubapa mendidiknya supaya menjaga batas-batas agama sejak kecil lagi?Tak perlu larang, mereka sendiri tidak tergerak untuk keluar merosakkan diri sendiri. Jika kita suburkan dijiwa mereka sayang kepada islam dan hormat ibubapa, adakah mereka nanti akan gagal sebagai manusia? Tidak. kerana janji Allah itu pasti. Pokok yang elok, yang dibaja secukupnya akan menghasilkan buah-buah yang baik. Maka tidak akan timbul lagi isu kita akan menyalahkan orang lain atas kegagalan memimpin keluarga sendiri.
8. Selepas itu, barulah kita beralih kepada tanggungjawab dalam skop yang besar iaitu masyarat. Kepada jiran-jiran, rakan-rakan dan sebagainya. Kita bermula dalam kalangan kita, lepas tu, baru pergi kepada orang lain. InsyaAllah pasti baik segalanya. kadang-kadang perkara yang kecil itulah sangat besar nilainya berbanding perkara yang besar kita fikirkan. Bijakpandai berkata; Kejayaan bermula dengan langkah pertama dan Pokok adalah permulaan sebuah hutan..
Hari ini, tanggungjawab dengan diri sendiri tak lepas lagi, tapi dah mula bergerak kepada tanggungjawab kepada masyarakat..,ah
P/s Sebenarnya aku fikir soal kahwin he
No comments:
Post a Comment