Jan 31, 2012

Pemalas tidak diwarisi..,

1. Aku berpegang kepada prinsip bahawa malas itu tidak diwarisi oleh sesiapa pun. Kerana aku percaya kita tidak perlu menyalahkan orang lain atas kesilapan diri sendiri sedangkan perkara itu kita mampu mengubahnya.

2. Seperti iman itu tidak dapat diwarisi, begitu juga halnya sikap pemalas. Jika ada yang berkata pemalas itu diwarisi daripada ibubapa, maka sebaiknya kau lempang saja dia. Itu adalah seorang anak yang tidak tahu diuntung. 

3. Pemalas bermula daripada sikap melengah-lengahkan sesuatu hal. Contohnya, kau bangun pagi. Bila setiap hari kau melengah-lengahkan diri untuk tidak pergi mandi setiap hari. Maka insyaAllah pasti akan jadi pemalaslah kamu untuk mandi pagi dan malas segala-galanya ketika diawal pagi.

4. Sebab, itu adalah berkaitan dengan perbuatan yang berulang-ulang yang akan menjadi gaya hidup dan menjadi amalan diri. Sama juga bila kau menghafal sesuatu, bukankah digalakkan untuk mengulanginya berkali-kali supaya mudah untuk kau mengingatinya. InsyaAllah pasti mudah untuk menghafal. Otak kita sangat mudah untuk memproses maklumat itu sebagai satu data yang kekal.

5. Pakar motibasi juga mempercayai keadaan ini. Disebabkan itulah, kita digalakkan untuk mempercayai  dan meyakini diri bahawa kita mampu melakukan sesuatu perkara yang kita rasa tidak mampu melakukannya. Kerana perbuatan itu akan menyebabkan otak kita akan menukar keyakinan itu kepada satu keadaan dimana diri kita akan mampu melakukannya. Maka jangan selalu membisikkan kepada diri bahawa kita tidak mampu melakukan  atau segalabagai bisikkan yang negatif.

Moral: jangan suka melengah-lengahkan kerja yang penting..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian