Jan 30, 2012

Juara Lagu..,

1. Aku tidak hipokrit yang akan berkata kepada orang lain, yang aku tak tengok AJL tu walaupun sebenarnya aku tengok. Aku ada juga tengok tadi sekilas pandang, lepas tu internet tiba-tiba slow so aku tak dapat nak tengok lebih lanjut (Aku duduk kolej maka aku terpaksa lihat secara online). Kurang asam jawa bukan. 

2. Last aku tahu result AJL tu daripada facebook je. Ramai yang naikkan status artis yang telah menang. Info yang cepat mengalahkan yahoo.com. Semat..

3. Aku sebenarnya bukan nak komen pasal Ajl tu, lantaklah siapa nak menang ke, kalah ke (walaupun aku nak gak tengok persembahan aizat dengan hafiz tu), tapi apa yang aku nak tulis ialah soal komen-komen para alim ulama dan ustaz ustazah facebook yang tidak bertauliah itu tentang AJL.

4. Aku tak kata AJL tu baik ke hape, bukan tugas aku nak judge orang lain atau bagi hadis segala, aku bukan ustak. Tapi yang aku tergelak bilamana ada segelintir pak ustak yang dok komen yang buruk tentang AJL. Siap mencarut lagi dan macam biasa, mereka akan salahkan kerajaan espeseli umno yang diorang gelar umporno. Aku tak tahulah, kalau mereka memerintah nanti, kalian rasa, benda-benda begini ada tak lagi?, kalau nanti tetap ada, sah aku panggil mereka munafikun?

5. Itu aku boleh terima lagi, sebab benda tu adalah hiburan yang dah langgar hukum syarak. Tapi yang buat aku kesian dengan perangai mereka ialah bila mereka siap naikkan status lagi konon mereka tengah tengok ceramah ustaz Azhar. Bajet mereka baik dan suci. Baguslah mereka dengar ceramah dan aku sangat suka keadaan itu, tetapi apa yang tak bagusnya ialah bila mereka riak mengheboh ke sana ke mari kebaikkan  yang mereka lakukan dan dalam masa yang sama membandingkan amalan mereka itu dengan orang yang tengah tengok AJL..Aku syak mereka pun tengok AJL sebab mereka tahu siapa tengah membuat persembahan dan segalabagai isu berkaitan dengan AJL tapi biasalah, mana mereka nak mengaku.

6. Nak mentarbiah orang lain, agak-agaklah jangan sampai melacurkan diri sendiri dengan sifat riak dan takabur. Itu salah! Aku pun tak faham kenapa mereka membandingkan amalan mereka dengan orang lain. Ke sebab ilmu agama beliau-beliau ini sangat tinggi?..

7. Peliknya, time AJL begini boleh pula nak compare dengan diri sendiri yang tengah mendengar ceramah ustaz Azhar berbanding mereka yang tengah dok terbungkang dekat depan tibi tiga tu. Tapi bila bab tengok bola, sanggup pula bersengkang mata melepak dekat kedai mamak kedai bapak dan segalabagai kedai yang menawarkan siaran tibi percuma. Pelik, tak pula kecoh? Itu belum lagi diikut soal keceluparan mulut mereka, tidak pula mereka kecoh?...Heran sungguh aku melihat mereka mereka yang berperangai sedemikian rupa.

8. 'Baik' itu harus kerana Allah semata-mata, bukan 'baik' kerana ingin dilihat suci oleh orang lain. Itu perangai setam. Kau sendiri tahu amalan kau sudahlah, tak perlu hebohkan dengan orang lain. Sebab pahala kau tidak akan bertambah bilamana kau mengharapkan orang lain berkata 'baiknya', 'wow boleh buat calon suami/isteri ni' atau 'ini mesti ahli syorga ni'...Allah itu maha mengetahui wahai sedara-sedari.

Perangai diri yang ingin kelihatan baik dihadapan orang lain adalah amalan saitan..,

Rupanya Nealofa tak ikut bertanding, huh penat tunggu...#tak tahu.. 

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian