Jan 28, 2012

oh Voucher..,

1. Analoginya begini. Ada seorang lelaki diberi hadiah oleh ibunya. Ibunya telah memberikan sebuah jam sebagai hadiah kasih dan supaya dia sentiasa mengingati setiap masa yang dia ada semasa belajar. Kasihnya ibu tiada siapa yang akan menyangkal dan itu merupakan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.

2. Jam tersebut berharga Rm200 yang hanya orang tertentu yang layak untuk memilikinya. Harganya juga agak mahal bagi seorang pelajar yang tidak mempunyai pekerjaan dan yang hanya mengharapkan pinjaman daripada Ptptn. 

3. Namun lain yang terjadi. Anaknya menjadi seorang yang tidak tahu bersyukur. Dia tanpa rasa malu telah menjajah cerita bahawa ibunya memberikan dia Rm200 sebagai rasuah untuk dirinya supaya rajin belajar. Tidak cukup dengan itu, dia sekali lagi mencanang untuk menjual jam pemberian ibunya itu tanpa rasa malu dan bersalah kepada umum. Untuk menguatkan lagi hujahnya itu, dia telah mengaitkan bahawa tidak ada hukum fiqh yang melarang perbuatannya itu.

4. Aku jijik melihat perbuatan sebegini. Sudahlah tidak tahu berterima kasih, malah menuduh itu dan ini tanpa rasa bersyukur bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah. Sekarang ini, bukan isu melanggar hukum atau pun tidak, tetapi isu yang penting ialah bagaimana kita bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi.

5. Ini adalah contoh manusia yang tidak tahu untuk bersyukur rezeki yang dia perolehi. Diberi sebuah nikmat salah, tak diberi pun salah. Adakah begini cara kita untuk mencari redha Allah? Tepuklah dada tanya iman masing-masing. 

6. Sebagai mahasiswa, jangan kita menunjukkan kesombongan dan kekurang hajaran kita sebagai golongan yang berilmu. Jika benar mungkin kita terdesak untuk memiliki wang daripada voucher, kenapa tidak tukar saja kepada mereka yang mungkin menginginkan voucher itu, tapi janganlah sampai menghebohkan kepada dunia bahawa kau tidak memerlukannya. Kenapa susah sangat untuk menunjukkan perasaan berterima kasih kepada mereka yang memberi? oh lupa, mungkin mereka telah dijamin syurga maka setiap perbuatan mereka adalah baik-baik belaka.

7. Berfikirlah secara matang brothers and sisters, jangan ingin menjadi juara sorak sampai menidakkan perkara yang tidak patut.

Islam itu bukanlah perisai untuk menghalalkan cara kita yang tidak betul..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian