1. Dia memalingkan mukanya menghadap jendela, dilihatnya pokok sedang menari-nari ditiup angin. Lenggoknya mengikuti nada tiupan. Sesekali bayu itu menerpa mukanya yang redup, dia menjadi tenang.
2. Kadang dia terasa, tidak patut memikirkan perkara yang jauh daripada jangkauannya. Apatah lagi melibatkan soal hati dan perasaan. Terasa remuk diri dikekang masalah ini. Dia tidak tahu bagaimana dia boleh membuang perasaan suka itu. Perasaan sayang dan segalabagai, ah kenapa saja ianya tidak semudah a.b.c?
3. Semakin dia menjauhi, semakin itu juga hatinya perit. Tiada yang harus dipersalahkan melainkan dirinya. Pentingkah diriku? siapakah aku untuk menginginkan sesuatu daripada orang lain? Dipujuknya dirinya. Ah, Allah lagi maha mengetahui. Kenapa aku perlu bebankan diri, Allah tengah memandangku sekarang ini? Mungkin ini adalah ujian jiwa.
4. Teringat ketika itu, soraya tengah membaca buku, tiba-tiba datang seseorang yang tidak dikenali menghulurkan kata sebagai salam persahabatan. Dia pun tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan itu., Terekejut dan keluh. Siapa sangka perkara begini terjadi kepada dirinya. Shah hanya tersenyum melihat keadaan soraya yang terdiam sambil diperhatikan rakan-rakannya yang turut bersamanya ketika itu..
5. Shah pun tidak tahu bagaimana kekuatan itu boleh diperolehinya. Meluahkan salam perkenalan kepada gadis yang tidak dikenali dihadapan orang lain. Dia tidak tahu bagaimana perasaan itu boleh tumbuh didalam dirinya. Dia tahu itu adalah salah. Namun bagaimana seorang hamba boleh mengelak perasaan kasih terhadap orang lain sedangkan itu merupakan fitrah semulajadi manusia?..ah hati manusia ini pelik.
6. Setelah beberapa minggu kejadian itu berlaku, tiada apa tindakan susulan. Dia membiarkan perkara itu, rasa bersalah dan terpukul dengan tindakan sendiri membuatkan shah mengunci dirinya untuk berdiam diri. Dia pun tidak tahu bagaimana perasaan soraya kepadanya, dan itu membuatkan dia malu dengan diri sendiri. Apa yang jelas ialah dia sayang kepada gadis itu.
7. Dari jauh dilihatnya soraya membimbit buku, disamping beg sandangnya yang penuh berisi ntah hapekebenda. Di tangan kirinya memegang payung berwarna ungu yang sentiasa memayungi dirinya. Comel, ujar shah tersenyum keseorangan. Diambilnya kertas kecil, di tulisnya sesuatu. Ingin diberikan kepada Soraya gadis yang disukainya itu..
8. Soraya tergamam bila terlihat ada nota terselit di bawah air tin yang dipesannya dengan abang din, gerai tempatnya selalu menjamu selera selepas balik daripada kelas. Abang din tersenyum dan berkata,
'ada peminat bagi'
'susah juga artis ni ye abang din..terima kasih'
Abang Din tersengih. Soraya keluh. Dibukanya perlahan lahan nota itu. Dia pun tidak dapat meneka siapa yang rajin sangat memberikan Nota kecil kepadanya..pipinya tiba-tiba merah padam, ingin saja dia menjerit ketika itu bila membaca nota ringkas tadi..,
"Andai ini adalah yang terbaik untukku, aku yakin Allah pasti tidak akan mensia-sia kannya -Shah"
P/s lagu latar, lagu ombak rindu..
No comments:
Post a Comment